Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Saturday, December 10, 2011

Baby.

Rasa macam tak percaya aku dah ada baby. teeeheeee. macam mimpi dalam mimpi je. Tapi ni realiti lah beb. REALITI. Cubit pipi kiri, memang rasa sakit. Haduhainya. Baby aku ni tak kuat menangis sangat tapi kuat tidur. Suka sangat tido tapi pelik, dia ni macam faham, time maghrib mata dia duk kelip kelip kelip kelip tak tidur and tak nangis. Seolah olah faham time tu memang tak elok kalau tidur. Bertuah punya anak. hehehehe. Dia kena jaundis tapi dah turun dah, haritu pergi cek, 179 tapi sekarang dah 145. Alhamdulillah. =) Kesian dia hari hari kena amek darah kat kaki. Hari pertama nangis, tapi hari kedua dan ketiga dah tak nangis dah kne amek darah kat kaki. Aku deliver baby ni pukul 12 tengah hari pada 30 November 2011.

Kenapa deliver awal? 

Sebab baby aku songsang dalam perut. Maybe effect main roller coaster kat USJ haritu. Mungkin. Tapi tu kerja Tuhan, aku pun tak pasti. Songsang, punggung kat bawah. Doctor cakap, boleh kalau nk deliver cara normal tapi risiko tinggi sebab aku first timer and takde jalan lagi. Air ketuban aku sikit, doctor cakap dah tak boleh pusing. And risiko baby lemas dalam rahim tu tinggi. Sebab air ketuban sikit. So aku kena operate. Risiko operate tu memang lah ada. Tapi kalau nk bandingkan dengan nyawa baby aku, baby aku lagi penting. kan? 


Pengalaman operate.

Mula mula dia masukkan salur kencing kat tut tut aku. aku rasa sangat sangat tak selesa. Dengan rasa kencingnya yang tak lawas. Dengam bilik tempat sisiter tu buatnya panas gile. Aku rase nak menjerit menangis Allah je tahu perasaan aku masa tu. Sakit gila kot masa dia masukkan salur kencing tu haih. Then pergi bilik bedah, aku rase selesa sikit berbanding dekat bilik tadi sebab bilik bedah tu sejuk. Pakar bius, lelaki. Malu jugak tapi sebab rasa tak selesa sakit dan macam macam perasaan bercampur baur, aku jadi buat muka seposen je. Dia cucuk ubat bius kat tulang belakang. Rasa macam letrik masuk dalam badan. ZZZZZZZzz. Lepas tu dia dh mula sapu iodin and mulakan menggores dan menang perutku,. wahahha. Aku tak rasa pape time tu tapi aku nampak dari cermin lampu bedah yang bulat atas tu nampak dia toreh menoreh perut. 

Tepat jam 12 tengahari dia mengeluarkan seorang puteri dari perutku, pastu terdengar suara nurse nurse cakap 'Alhamdulillah'. Aku rasa lega. Then operasi menjahit perutku dijalankan. Aku rasa perut aku dijahit ditarik benang masuk dan keluar. Tapi sakit tu tidak dirasai lagi. Haaaaa. Sampailah 6.30 petang, time tu barulah luka jahit, ubat bius semua rasa sakit. Allah je tahu.


Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Aku ada dalam bilik bedah tu sejam je. Semua selamat. Walaupun sekarang masih terasa sakit kat luka jahitan tu, tapi sakit aku berbaloi kerana dikurniakan seorang puteri. Alhamdulillah Syukur Ya Allah. =)

Friday, November 4, 2011

Dah lame rasenya tak hapdate kat blog. Dah semak dh blog ni. sbb xde mase nk berblog pun. sejak sem 3 ni, busy je manjang. bayangkan hari hari ad lab. so, maknenye sekarang setiap hari perlu ada report yang tertangguh. yang perlu disetel before lab lab yang seterusnya minggu berikutnya. macam mana tak penatkan? Sekarang usia kandungan aku dah menjangkauuuu 33 minggu. waduh waduh. dah tak lama dah ni. lagi 7 minggu. kluk klak kluk klak dh abis seminggu. masa sgt pantas skrg. aku ni pulak dh start nerves dh ni. macam mana la ye? haihhh. =.='

Baby selalu je tendang tendang. haritu banyak hari jugak dia tendang tendang time subuh. tapi skrg dh tak tendang dh. dia dh tukar mase dh kot. teeeheee. terima kasih syg kejutkan mama sembahyang subuh, nnt baby keluar tgk dunia, jadi anak soleh/solehah yea. Amin.

Balik umah ni, ingat nk rehat rehat je sbb dah duduk kat u, susah sgt nk rehat. dengan tak cukup tido lagi sebab nk kena siapkan report. test lagi. hmmmm. Ibrahim Mohsen balik bulan 12. Nak tengok anak dia la. Tapi sempat ke tak Ibrahim Mohsen sampai sebelum baby dia lahir? Sebab due date aku 21/12/2011. Tapi flight Ibrahim Mohsen dr Japan, 26/12/2011. Busuk busuk boleh sampai Terengganu 27/12/2011. Hmmm. Harap harap sempat Ibrahim Mohsen azankan sendiri anak sulungnya ni. Ya Allah, izinkan suamiku sampai sebelum aku melahirkan baby dia ni supaya dia dapat azankan sendiri ke telinga anaknya. Amin :)

Monday, August 29, 2011

Raya

Suatu penyeksaan jugak kalau beraya jauh dari suami tersayang. Nak nak tengah pregnant macam ni. Rasa macam hmmmm Tuhan je yang tahu perasaan apabila tak boleh nk beraya bersama suami. Baby pun duk tendang tendang je. Excited nak raya agaknya si kecil ni. hihi ;D Tapi ayah awak tak beraya bersama kita tahun ni. Hmmmm. InsyaAllah, tahun depan dapatlah kita beraya bertiga ok sayang! Wheeee. Walaubagaimanapun, disini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika tersilap salah bercakap disini. Harap dimaafi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Tuesday, August 23, 2011

Meragam

Orang kata kalau mengandung, kita mengidam nk makan tu, nk makan ni kan? Hihi. Ibrahim Mohsen kate aku mengidam nak pergi USJ. Muehehe. Kadang-kadang perangai jadi pelik-pelik je. Nak marah, nangis banyakkkk sangat. Ibrahim Mohsen jadi mangsa keadaan. Terima kasih mangsaku. Hihi. Bukan sengaja. Hmmmm. Orang kata, kalau orang tu org yang kita sayang, lagi laa. Asyik nak marah dia je. Hoho. Mmg pun. Aku pun tak faham kenapa asyik gaduh je aritu. Sebab tu kot. Pastu pasal penat jalan-jalan. Selama aku hidup ni, aku tak penah kenal penat kalau jalan-jalan. HAHA. Tapi, aku rase penat sangat time jalan-jalan kat Osaka aritu. Sampai nak nangis ase. Hukhukhuk. Sepupu aku kate, kalau penat sangat tak elok untuk kandungan kite. Haaaaa. Aritu aku penat gile kot. Mmg nk nangis. Papepun, terima kasih hubby tercinta sbb merealisasikan segala keinginan saya sepanjang berada disana. Lucky me dapat awak. Wiwit.


Pastu kan, td aku pegi klinik, dengar dengupan jantung baby. Kuat sangat bunyi dia. Dup dup dup dup dup. Heeeeee. Pastu kne cucuk. Sakit. Lenguh ase lengan. Huuuu. Baby mama gerak gerak banyak kali sangat arini. Mama letok hp atas perut bergerak-gerak hp mama baby buat kan? Main apa dalam sane? Rindu ayah ye? Hihi :D

Thursday, July 7, 2011

1 entry 4 cerita :p


Cerita 1 : Harini bangun lambat sebab semalam aku tak boleh nak tutup mata. Ni semua The sims punya angkara. hadoyyyyyyyy. Kesian Ibrahim Mohsen pergi sekolah tak breakfast. Sbb saya bangun lambat. huhuhu. Jahatnya kamu Jahatnya kamuuu kuyamm. Ish ish ishhh. Sorry love. Terbangun lambat. Ok janji lepas ni tak main The sims sampai subuh dh. OK!

Bangun2 tido, dia dh kejutkan aku pastu hulur tangan sbb dh nk pergi sekolah. Before pergi sekolah knelah salam salam dulu kan? hihi. Bawah perut aku dh semakin mengeras aku rase. hihi. Baby dh makin membesar agaknya kan? :D




Cerita 2 : Aritu pergi cari barang basikal Ibrahim Mohsen kat AEON pastu terbeli kasut baby. Pekakas lain belum beli, kasut dh nk beli dh. Tu pun macam baby akan pakai setahun kemudian je. HAHHA. Ibrahim Mohsen punya kerja la. Suka sgt beli kasut. Rak kasut umah ni pun xckup nk letak kasut dia. Pening aku tgk kasut yang banyak gila kot. Kat bawah rak pun kasut dia lagi. -.-' Katenya nanti baby dh besar, xpayah beli kasut dh sbb kasut dia dh banyak. Iyolah tu. hahahhaah.




Cerita 3 : Haaaaa. haritu pergi Okayama sbb dia ad main futsal. Alhamdulillah dapat tempat ketiga. Bukan senang jugak la nak dapat tempat tu. Tu dari pandangan aku la. Bukannya sebab dia team Ibrahim Mohsen aku jadi cakap macam ni. Tapi sebab aku tengok team2 futsal yang lawan aritu semua macam padu2 je. Haihhh. Kacip gigi aku tengok dia main futsal. Nak jerit, aku sorang sorang je. HAHAHAHA. Jadi Geram pun ad kalau gol xmasuk. Haduhhh. Tension betul hahaha.





Cerita 4 : Yang ni gambar lepas kitorang balik dari Okayama tu, kitorang singgah dekat kalau kat Malaysia Panggil R&R la kan? hihi. Tempat tu dekat bawah jambatan panjang dan besar GILAAAAAAAA wa cakap lu. Masa siang on the way ke Okayama tu, tak nampak sgt sbb hujan. Patu balik2, dah malam, takuttttt sgt lalu atas jambatan tu sbb besar gila. Dah la dua tingakat. Yang atas tempat laluan kereta lori dan sebagainya lahh yeee. Tempat bawah laluan train. Haishhh. Serunn.




Aku masa lalu kat atas jambatan tu teringat kat cite X men yang masa Magneto patahkan jambatan merah tu pergi menghala ke pulau nk bunuh budak yang ad penawar nk sembuhkan mutant tu. Ingat tak part tu? HAHAHAH terpengaruh cite Xmen lak. Hadoi doi doi. Tapi Ibrahim Mohsen kate kalau siang, view kat sini lawa gila. Tak boleh nk amek gambar sebab gelap. Malas la. Kita bukan ad kamera mahal pun nak amek gambar malam. hihi.




Pokok yang dekat belakang Ibrahim Mohseb tu, kononya kita kne tulis apa hajat kita la. kononya akan termakbul. hahahaha. Aku pun tulis jugak. Saje je. Untuk tujuan bersuka suka sahaja ye. Bukan percaya pun. heeeeee. Pastu minum2 air lepak2 kat R&R tu, aku nk terkencing, masa tu dah nak dekat pukul 10 malam dah. Aku takut nak pergi toilet. Mintak Ibrahim Mohsen temankan. Smpai2 toilet dah tak takut sebab toilet dia cantik sgt hahaha.




Setelah mengoogle, aku jumpa jambatan ni . Ni lah jambatan aritu. Panjangggggg kannn? And kalau tak silap nama dia Seto-Ohashi Bridge. Kalah Pulau pinang hahahaha. Eh eh taip taip tengok atas, baru sedar entry ni terpanjang sikit. Maaf ye! Ok bye :)

Friday, June 17, 2011

Pejam celik pejam celik. Dah genap sebulan aku kat negara matahari terbit ni. Haritu masa mula mula smpai sebulan yang lepas, flight nak pergi tempat Ibrahim Mohsen pukul 7.45 pagi tapi pukul 5 pagi aku dah kne bangun nak naik shuttle bus pergi terminal 2 (domestik punya terminal). Time tu aku di International terminal. Pukul 5 pagi aku bangun, kluar nak tgu shuttle bus, terkenjut aku pukul 5 macam pukul 8.30 pagi kat Malaysia. hahahaha. Hmmm. Masaku sayang, please berlalu selow selow. Sebab aku nak berada lama disini bersama suami tercinta. hihi. Please please. I'm begging you love. Tapi hari ni aku puasa, so, arini cepat2 la petang hihi. Hari esok pun dengan lusa. Lepas tu sila pergi lambat lambat lagi.

Sunday, May 15, 2011

pesan mama



Baby baby. Nanti kita nak naik flight, baby tau tak flight tu apa? flight tu sejenis pengangkutan udara, ia boleh terbang tinggi atas awan. Sebab tu ada cerita awan dania *motif?* haha. Tekanan dia kuat sikit. Nanti telinga mama rasa berdengunggg haha. Kita naik flight nk dekat 8 jam tau baby. Baby jangan terkejut tau. baby duduk diam diam dalam perut mama. Baby peluk mama kuat kuat. Nanti dah sampai kita boleh jumpa ayah. Baby nak jumpa ayah kan kan kan ? Baby kuatkan sayang? Baby peluk mama tau. Dengar ckp mama. Mama pesan awal awal. Nanti dah naik jangan lupa peluk mama. Nanti dah sampai sane kita peluk ayah sama sama okey. hihihi. Mama tau baby rindu ayah. Mama pun rindu gok! :) okey bye

Sunday, May 8, 2011

Episod 2 TAMAT

Alhamdulillah. heeeeeee. senyum lebar aku sebab sem 2 dh habes. selepas penat melayan stress stadi, skrg cuti 4 bulan dh bermula. sepatutnya aku buat intern cuti sem ni. Tapi disebabkan cuti yang lama then aku pun pregnant, aku pun postpone intern aku cuti next sem kot, InsyaAllah.

Hmmmm. Rindu Ibrahim Mohsen. Takpe. Sabar ye. 10hari lagi boleh jumpa awk. Yayyyy. Tak sabar nak jumpa. Baby pun tak sabar nk jumpa ayah dia jugak. hihi :)

Semoga apa yang dirancang, semua berjalan lancar. InsyaAllah. Amin.

Thursday, April 28, 2011

Rezeki

Alhamdulillah. Sedar tak sedar. Aku dah pregnant!! Hmmm. Aku pun pelik jugak kenapa la period aku ni tak datang datang. Biasenya slalu on time lah. Kalau lewat pun sehari je. Ni sampai seminggu. Pastu badan aku rasa macam penat je 2,3 minggu ni. Then rasa nak muntah tapi tak muntah muntah pun. Aku bagitau la Ibrahim Mohsen badan aku rasa tak sedap. Loya loya smua tu. Pastu dia suruh aku pergi beli pregnancy test.

Lepas exam Nihongo, aku pergi farmasi beli pregnancy test kit. Malam tu aku pun test la kan? Terkejut sangat bila aku tengok 2 band. (positive). Aku macam tak percaya jeeee. Then, esok tu aku pun pergi la klinik UMT. Jumpa doktor, Doktor tanya apa masalah awk... Aku pun cakap la nak cek saya ni pregnant ke? huuuu. Selamber je aku ty macam tu. Doktor tu ty la. Dah kawen ey? Aaah. Dah kawen la. Kalau tak kawen, brani pulak aku nak tanya macam tu kan? HAHAHAHAHA. Doktor suruh aku buat urine test. Hasil dia, sama je macam aku test sendiri smalam. Doktor cakap dh 5 minggu. Ohmyyyy. Dah 5 minggu rupanya. Aku slamber je duk makan ngarut2. Huhuhu. Sekarang dh kena jaga makan dah. Takut jugak jd pape kan.

Yela kami kan stadi lagi, macam mana nak jaga baby nanti? Betul soalan tu, tapi ni kan rezeki Allah. Setiap yang Dia bagi ada hikmah disebaliknya,. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan? Dia takkan bagi kalau kita tak mampu nk hadapi. Betul dak? InsyaAllah. Harap harap semua baik baik hendaknya. Sekejap je rasanya,. Kawen, tup tup tup dah nak dapat Babyyy. Amin Amin Amin. Ibrahim Mohsen dah nak jadi Ayah :D InsyaAllah. Doakan aku ngan baby dalam perut aku ni sehat sehat sokmo ye! (*V*)

Saturday, April 23, 2011

Kawen Part II




Sebab apa entry ni title dia "Kawen Part II"?? Part I mana? Haaaa. Part I haritu dh update kat facebook. Cukup la tu. Kahkahkah.


Meh sini meh nak kasi update ni punya blog yang dah berusang ni. Hmmmm. Sebenarnya nak update gambar kawen haritu. Alhamdulillah, Everything went well. (^V^) Hmmmm. Nak tengok tak? Album ni disponsor oleh Hasan Helmi Azman abang kepada Ibrahim Mohsen Azman ye kawan kawan. Terima kasih banyak banyak yea abang ipar! Muehehehe.


Gambar gambar time sambut menantu kat Batu Burok. :)

Baru kawen dah dapat baby!!! (*V*) Ni orang kate amek berkat. HAHA


Ni atok Acin. Atok belah arwah abah acin. *Batu pahat* Haritu pergi Batu Pahat atok blanje kitorang satay :D

Ni lah pelamin 2 in 1. Kelmarin kawen kak dilah (Kakak Ibrahim Mohsen) Harini kawen kitorang pulak. Muehehehe.

Umi sambut kitorang depan rumah. "Acin Sayang Umi" ;p


"Adam pun nak pegang jugakkkk!!!!"- Adam Luqman :)



Sorry. Gambar ni dari bawah ke atas. Salah bajet pulak. HAHAHA. Sekian :)







Friday, March 4, 2011

happy anniversary love.

Love is not as simple
as candlelight and roses.
love is day-to-day living,
taking time, making time to be there,
with open arms and a giving heart...
Love is the special life we share.

I know I am very lucky to have you.


p/s ; sorry lmbat update sehari sebab demam. huuuu -.- iloveyou. imissyou. xoxo

Tuesday, March 1, 2011

Kisah demam

Arini aku demam. Dah tiga hari demam. Tapi arini paling la xlarat nak bangun sampai ponteng kelas biostat. Huuuuu _._

Pastu kawan aku pun bawak la aku pegi klinik umt. Tgu punya tungu. . .

Misi ajak aku masuk bilik doctor.

Doc : Sakit ape?

Aku : Demam (buat muka sedih padahal pakai mask)

Doc : Dah brapa ari demam ni?

Aku : Dah tiga hari dh :(

Doc : Demam je ke? Batuk batuk, selsema sakit tekak ad tak?

Aku : semua adeee. Demam, batuk, sakit tekak, selsema, sakit kepala.

Doc : Kawan kawan ad yang demam tak?

Aku : Ade.

Doc : Sebilik ke ngan dia?

Aku : Aah.

Doc : Ngangeee mulut ( smbil suluh lampu dalam mulut aku) (smbil2 tu misi kat tepi tu cek tekanan darah ngan amik suhu badan) Pusing blakang tarik nafasss, lepas, tarik. . lepasss... tarik lepasss...

Doc : Hmmmm. Dah makan? selera makan macam mane?

Aku : Slera makan macam biasa je doc.

Doc : Okey, bawak ni (resit, nombor giliran) pegi unit farmasi amek ubat.

aku : terima kasih doc.

NOTAKUKU : sakit, tak sakit. . makan tetap makan. Selera tak penah nak kalah. nak menang je.. Haiyaaaa. Muahaha :P


p/s : Doakan saya cepat sembuh ya kawan kawan ku syg! :)

Monday, February 28, 2011

test around the corner

smua nk dekat dekat jeeee.

Biotek 05.03.2011
Islam & Ideologi 06.03.2011
Nihongo 17.03.2011
Public speaking? Next 2 week
Biostat pun next 2 week.

MaiGoodness.-.-'

Tapi Pemakanan bila? Dr Hamid tak bgtau lagi bile bile.

Friday, February 25, 2011

speechless

Kenapa aku speechless? Sebabkan, tadi tengah duk tengok kawan aku main pingpong dalam bilik. huhu. tiba tiba kawan aku sorang lagi Ainaa (bukan nama samaran) :P call aku. Dia nangis nangis. Aku tanya laaa kenapa nangis ni? Dia cakap bakal ayah mentua dia dah meninggal. Yang aku tergamam skali, Ainaa slalu duk cite cite kat aku yang Bakal mak mentua dia yang sakit. Sakit jantung :( Tapi dengan kuasa Allah SWT yang Maha Besar, ayah mentua dia yang meninggal sedangkan ayah mentua dia tu baik baik aja. Sihat Walafiat. . .


Besarnya kuasaMu Ya Allah Ya Tuhanku. Membuatkan aku terfikir sejenak. .

Dia nak tarik nyawa siapa siapa pun tak kira umur tak kira sihat tak kira apa. Yang tengah sakit tak semestinya dia akan pergi dulu, yang tengah sihat tak semestinya dia tak pergi dulu. Fikir fikirkan lah wahai kawan kawan. Jadi gunalah masa yang ada sebaik baiknya. Carilah akhirat yang kekal selamanya tu. Dunia pun cari jugak. Tapi cari dua dua tu biar seimbang :) InsyaALLAH .

Kitorang smua mmg tak expect yang ayah dia yang pergi dulu. . . Alhamdulillah. arwah meninggal hari jumaat. Semoga arwah berada dikalangan orang orang beriman dan beramal soleh. Amin. Al fatihah

meh nk cite

mai sini mai sini. pisang goreng pisang goreng. Aku ni sangat la nk tanggung risiko pegi amek elektif blaja bahasa jepun. huuuuu. yang tak tahannyeee, susah gile aku nak ingat. lagi beberapa minggu ada ひらがな テスト。。。。17.03.2011 hekhek. tau jugak laaaa beb :P


Sape pandai, tolong ajar aku. Aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....
Huruf huruf hiragana tu aku dh ingat smua. Tapiiii kan, paling aku tak boleh bla skali masuk bab すうじ. nombor nombor tu aku lemah sikit. Pening kepala duk belajar yang tu. hukhukhuk --'

kau kau sekalian bayangkan kalau 999 aku kna tulis panjang selebar lebarnya ;
きゅうひゃくきゅうじゅうきゅう -.-' -.-' -.-'

pastu nak kne ingat yang special case pulak ;

300 ; さんびゃく
600;ろっぴゃく
800;はっぴゃく

Tapi seronok jugak sebab aku dah pandai nyanyi lagu doraemon dalam bahasa jepun. Ngiahahahahaha :D Memang cita cita aku nak nyanyi lagu doraemon dalam bahasa jepun. wiwit :D :P

Nanti kalau aku dh pandai aku nak ajar korang. Korang nak blaja tak? Muahaha. Alaaaaa. Aku tau la, korang lagi terer dari aku. Shadap! hikhik

nongsan.

oboete kudasai.
yonde kudasai.
kaite kudasai.
mite kudasai.
kiite kudasai.
Ganbatte kudasai. =)

Thursday, February 24, 2011

Boring(fullstop)




***************************************************

Aritu kan aku ad cakap nak upload gambar konvo. Hik3. Sampai sekarang, 24/02/ 2011 baru la berkesempatan nak upload gambar gambar ni sebab bosan sangat takde keje sangat nak buat. Hihi. There are several pictures from my graduation day (^V^)v


Okey . Yang ni kitorang gedik gedikkan diri pergi amek gambar kat shahbandar okey!

Yeayyy. Konvo yeayyy! :D


Tak cukup ahli sebab ramai yang busy that day -.-'


Haaaa. Yang ni Baru betul betul konvo :)


Yeah. Si cantik manis murni :))





^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Okey yang ni gambar guna polaroid. =D


.
ibrahim mohsen azman pun ada. Balik semata mata nak datang i punya konvo tau! terharunyaaa ;') hekhekhek. Gurau je =p


Besties.


Depan DSM. Nanti awak konvo saya nak pegi jugak tau! =D

Kak ilah Nur =D "Roomate" sem 5 blok B1

Ibunda tercinta <3


Gambar ni pun tak banyak sangat sebab time konvo tu masing masing busy ngan family masing masing. Pelik rasenya. Sikit je gambar konvo aku. Huuuu -.- Takpe nnt konvo degree nk pastikan gambar konvo banyakkkkk gileeeeee. ok.bye.

Saturday, February 19, 2011

Bosannya. Hari ni hari sabtu. 15 hari lagi ibrahim mohsen nak balik. (*V*) Sebenarnya bukan nak cite pasal ni. Tapi pasal. . stadi. waaaaaa :[ Tensi tensi tensi. Taktau nak buat macam mana ni! Isnin ni test BIOSTATISTIK. Stadi punya stadi punya stadi, langsung tak dapat jawapan. Bosan la macam ni!


Wuuuhuuuu (-.-) Tolong. Tolong. Komengga. Komengga. Help. Help! What should i do? Tu la kuyam! Dalam kelas kononya faham. Tapi balik bilik langsung tak sentuh balik buku buku tu. Ape nak jadi ni? Tu la tak ingat dah apa yg Dr amir dah ajar tu. Langsung tak ingat!! Salin, salin, take note tapi satu haram pun dah tak ingat. Haddooooooo. Macam mana ni. Nanti nk kne ty ty orang. sempat ke tak pun tak tau lah. Sebabnya, ISNIN dah dekat!!!! WAAAAAAAAAAA.

Berbalik cite tentang seorang budak kuat tido ni, dia ajak kite stadi sebab dia pun tengah exam sekarang sampai kamis, kite ari isnin ni jeee, kite ni pun bangun laaaaaa nak stadi same same ngan dia la kononya (skyping) hihi. Kita bangun, semangat dh bukak buku stadi, kita tengok dia dh melentang, katanya nak cari posisi selesa nak stadi. Okey okey. Alasan boleh diterima pakai. Tapi, a few minutes later, pusing la tgk dia. . . . . . Nak tau ape dh jadi?


########################################



Tu diaaaaaaaa. Dah mimpi mimpi dah tuuuuuuuu! Hish -.-'


Pape pun, kite yang baru belajar basic basic nihongo ni cakap " Ganbatte kudasai" kat awk walaupun awk tipu kite awak kate nak stadi same same ngan kite. wuuuuhuuuuu. Pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok. (Pengaruh cite hantu kak limah)

Monday, February 14, 2011

happy birthday love

selamat ulang tahun kelahiran yang ke 22. dah tua dah. hik hik hik. semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. semoga tahun ni membawa seribu keberkatan, kejayaan, kebaikan dalam hidup awak. semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia dengan orang orang yang awak sayang. sape lagi kalau bukan saya kan? hahaha :D sorry sebab lambat sehari update pasal bday awk sebab yelaaaa kan? awak tau saya sekarang kan? busyyyyy je sekarang. busy tido, baring. hekhekhek.

sebenarnya class takde la banyak sangat nk ikutkan sem ni. sebab dah banyak drop drop subject. tapi disebabkan busy persiapan event besar next month, terpaksa korbankan sikit masa dan minyak. pergi balik pergi balik ke kt. cari barang beb. hadooo hihi :D pastu semalam pun tak sempat nk update sebab ad lab biotek. sampai pkul 11.30. penat sangat. sem ni banyak kelas malam. huuuu -.-

ehhhh, dah out of tajuk ni. haish. okey okey. semoga apa yang kita rancang berjalan dengan lancar. InsyaAllah. amin :) And semoga lebih matang dari tahun tahun sebelumnya. Sebab awk faham faham la kan, perempuan macam saya ni, nak sweet sweet je sokmo. so, pleaseeeeee baby. :P kalau gaduh tu, bertolak ansur la banyak sikit. hikhikhik :D

Semoga boleh bimbing saya menjadi seorang isteri solehah nanti. Ajar saya mana yang baik dan mana yang buruk. Nak jadi bidadari awak kat syurga. InsyaAllah :) Amin. Cepat amin ramai ramai!! :)

Okey. Done. Sayang Awak ibrahim mohsen azman. 20 hari lagi nak jumpa awak. rinduuuuu ;')

ok.bye

Friday, February 4, 2011

Parking pun mahal dah sekarang!

bengangggg betul aku dengan akak jage parking dekat depan CIMB tu!!!! Ada ke aku baru je masuk, nk pegi bayar bil maxis, aku masuk sbb terpaksa sangat dh sbb jem gile kat situ time tu. Masuk kejap, aku bayar bil guna mesin kan? 5 minit pun xsmpai. aku pegi nk bayar parking akak tu cakap kne DUA HENGGET!! Parking tak sampai 5 minit pun babe! Aku cakap la kat akak tu akak saya masuk baru je lagi, resit pun tak dapat sebab orang yang jaga resit tu hilang pegi curi tulang agaknya kan? Pastu aku ingatkan dia nk ckp la 5POSEN KE SINGGIT pun aku tak kesah sangat. TAPIII..... Dia cakap kat aku, Okeyyyyyyyy dua ringgit sudahhh lahhh. Dengan muka selamberrrrr yaya selamberr papa nyaaaaaa dia sebut dua ringgit! Sakit ati aku. aku pun Cakap laaaa. Aishhhh takkan dua ringgit kot? Saya baru masuk sangat sangatttttttt ni! Haishhh. PAstu dia boleh pulak tawar menawar harga ngan aku! Dia cakap, okeyla singgit setengah! Aku taknak jugak. Aku cakap, mane boleh macam ni, aku baru je masuk punggung parking tu pun tak panas lagi aku letak kereta aku! Pastu dia ckp okeyla, singgitlaaaa! Aku pun hulur je singgit! Pastu dia duk sengih sengih =.='

Wednesday, February 2, 2011

Something will happen soonnnnn.

So sooon :D wait and see. The only thing about my family and I . It's should be the biggest day in my life. But just do it moderately. That's the way of islam :) You maybe will suprised what going to happen on March kan? hihi. But everything still in our plan. We just plan it, Allah decide it. I know Allah know the best for me :)

Monday, January 31, 2011

Ikan patin masak tempoyak


Haaaaa. Arini aku masak ikan patin masak tempoyak. Sape penah makan? Angkat tangan. Hmmm. first time cuba buat ni. Alhamdulillah. Nasib baik menjadi. Merata pergi cari ikan patin, mydin xde abis, giant pun habis. Pasar pasir panjang xjual. Last2 ad la sorang makcik ni bgtau kat permint jaya rupanya ada jual ikan patin. Sebelah je ngan restoran norazila. Penat aku pegi cari jauh jauh. Rupanya dekat je ngan umah =.='

Okey. Rupanya kan senang je buat ikan patin masak tempoyak ni. Aku ingatkan susah sangat. HAHA. Okey, kalau nk cuba pun boleh, sebab senang sangattttt! Trust me!

Mula mula kne ada ;

Ikan patin
daun kesum
kunyit (bukan serbuk kunyit ye. Kunyit yang betul betul tu la. Ada kunyit tipu ke?)
Tempoyak
Cili api
Asam gelugor


Tu je bahan yang perlu ada. Senang kan? Garam gula semua tu biasa la. Mmg la ada. Kan? Okey. Pastu, Basuh ikan patin tu bersih bersih. Sebaik baiknya bilas tiga kali. Pastu letak la limau nipis dlm air ikan patin yang dah basuh tadi. Rendam ngan limau nipis for awhile sbb nk hilangkan bau hanyir ikan tu la yeee.

Sambil sambil tu boleh la potong kunyit kecil kecil. Basuh daun kesum. Pas semua dh siap, masukkan tempoyak, cili api, kunyit tu dalam blender... Jangan lupa letak air kosong same same.

Blend dia sampai lumat then boleh masukkan ke dalam periuk bahan yang telah kita kisar tu td.

hidupkan api. Tapi api tu jangan kuat sangat. Sederhana pun okey. So, kalau tgk pekat sangat boleh masukkan air kosong lagi. Ikut citarasa masing masing la ye nk pekat mane tu. Lagi banyak letak tempoyak lagi pekat la kuah dia.

Pastu tunggu sampai mendidih, kalau dah mendidih tu boleh masukkan daun kesum dengan asam gelugor. Pastu baru la masukkan ikan patin tersebut ke dalam periuk yang ad bahan bahan tu td lah ye. Dalam 5 minit macam tu masukkan garam secukup rasa. Pastu Dah agak agak ikan tu dh masak dh tu, boleh la makannnnn. HEHEHE. Senang je kan? Hihihi.

Selamat mencubaaa! :D



Sunday, January 30, 2011

Reblog and BOLD what applies to you.

My Personality :

I’m loud
I’m obnoxious
I’m sarcastic
I’m cocky
I cry easily
I have a bad temper
For the most part, I don’t like people
I’m easy to get along with
I have more enemies than friends
I’ve smoked
I’ve smoked weed
I drink coffee
I clean my room daily


My Appearance :

I wear makeup - not every day
I wear a piece of jewelery at all times
I wear contacts (for eyesight not colour)
I wear glasses
I have/had braces
I change my hair color often
I straighten my hair often
I have piercings
I have small feet


Relationships :

I’m in a relationship now
I’m single
I’m crushing
I’m in love
I’m always scared of being hurt
An ex has physically abused me, at least once
I’ve told someone I loved them when I didn’t
I’ve told someone I didn’t love them when I did
I’ve been in love more than two times
I believe in love at first sight


Friendships :

I have a best friend
I have at least ten friends
I’ve gotten a phone call in the last 48 hours from a friend
I’ve been in a serious fight with a friend - but are they ever “serious” when it’s between girls? I don’t know what this means haha.
I can trust at least five people with my life


Experiences :

I’ve been on a plane
I’ve been on a train
Someone close to me has died
I’ve taken a taxi
I’ve taken a city bus
I’ve taken a school bus

I’ve gone bungee jumping
I’ve made a speech
I’ve been in some sort of club
I’ve won an award
I’ve spent 24 hours on the computer straight
I’ve been in a physical fight


Music :

I listen to R&B
I listen to country
I listen to pop
I listen to techno
I listen to rock
I’m one of those people who play songs repeatedly until I hate it

I hate the radio
I buy CDs


Television :

I spend at least six hours a day watching TV
I watch soap operas daily
I’m in love with Days of Our Lives
I’ve seen and liked The OC
I’ve seen and liked One Tree Hill
I’ve seen and liked Americas Next Top Model
I’ve seen and liked Popular
I’ve seen and liked 24
I’ve seen and liked CSI
I’ve seen and liked Everwood


Family Life :

I get along with both of my parents
I have at least one brother
I have at least one sister

I have at least one step brother/sister
I have at least one half brother/sister
I’ve been kicked out of my house
I’ve ran away from home (not properly)
I’ve made my parents cry
I’ve lied to my parents
I’ve lied to my parents about where I am
I’ve lied to my parents about what I’m doing

I’ve walked out when I’ve been grounded
I don’t live with my parents
Parents are screwed up and gone


Hair :

I’ve been brown
I’ve had streaks
I’ve cut my hair in the past year (like…at the hairdresser)
I’ve dyed my hair in the past year
I’ve been blonde
I’ve been red
I’ve been light brown
I’ve been medium brown
I’ve been blue/green
I’ve gotten my hair thinned
I use conditioner
I’ve used Silk Therapy
I’ve used hot oil treatments
I’ve curled my hair
I’ve straightened my hair
I’ve ironed my hair
I’ve braided my hair


School :

I’ve yelled at a teacher
I’ve been suspended
I’ve had an in-school suspension
I’ve walked out of class
I’ve skipped an entire day of school

I’ve skipped a whole month of one certain class
I’ve failed a test
I’ve cheated on a test
I’ve helped someone else cheat on a test

I’ve failed Art
I’ve failed PE
I’ve failed Math
I’ve failed Science
I’ve failed another class
A teacher has called my parents



Thursday, January 20, 2011

al-fatihah

20/01/2010

Pukul 7.30 pagi, arwah baba mintak aku picitkan belakang dia. Dia cakap kne angin. Dia cakap, "mu sorang je picit aku rasa, sedap mu picit, orang lain picit dok jadi" ;')

Pukul 7.40 pagi, dia pegi beli makanan pagi. Aku ingat lagi, nasi minyak yang dia beli pagi tu. Sedap sgt ;')

Pukul 8 pagi, arwah baba hantar aku pegi keje (praktikal kat SEAFDEC)

Pukul 10 pagi dia mengadu sakit perut.

Pukul 1 tengahari aku lalu depan rumah sebab nak pegi UMT nak amek transkrip sementara, nampak kereta arwah baba ada kat tengah jalan depan umah.

Pukul 5 petang balik keje. Hajat dihati nak pegi ke KT nak beli barang barang untuk pegi sampling. Tapi tak jadi sebab aku sakit kepala.

Pukul 5.10 petang arwah suh aku makan nasi goreng ayam. Dia beli sebungkus je, dia tak habis makan, dia bg kat aku suh abiskan.

Pukul 5.20 petang, arwah mintak aku picitkan dia lagi. Sebab angin dia dtg lagi. Aku picit. Walaupun aku paling tak suka picit orang, aku tak tau kenapa waktu tu aku langsung tak membantah ckp dia.

Pukul 5.30 petang, aku masuk bilik sebab nk tidur sebab dari tengahari td masa pegi umt lagi aku sakit kepala.

Pukul 7 petang, arwah kejutkan aku. ketuk pintu bilik aku. Suruh aku bangun.

Pukul 7.03 petang, aku dengar adik aku jerit jerit sayu sangat..... Aku terus bangunnnnn! belari keluar bilik. Ajar arwah mengucap. Melompat2 aku call sedara mara, call ambulans. Semua orang panik waktu tu. Hmmmm.

Pukul 7.09 petang, arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Pukul 7.30 petang, ambulans sampai, tapi doktor sahkan dia dah tiada.

Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya masa berlalu. Hmmmmmmm.


AL-FATIHAH
Sempena memperingati kembalinya ke rahmatullah

ALLAHYARHAM TENGKU HAJI ABDULLAH TENGKU HAJI AWANG

Lahir pada Hari Jumaat, 25 Jun 1937M
Bersamaan 15 Rabiul Akhir 1356H
Meninggal Pada Hari Rabu, 20 Januari 2010M
Bersamaan 4 Safar 1431H

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas rohnya dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Amin, Ya Rabbal Alamin .
this is my new obsession.

hmmmm...

;
;
;

even though i have the new one,


;
;
;
;


my truly-lastforever-everysecond-obsession is always in my heart. =)

Tuesday, January 11, 2011

Class dh banyak yang dh start....

Biostatistik : Okey la. Lecturer tu nama dia Dr Wan Muhammad Amir. Dia macam penah ajar aku time diploma dulu. Taktau la awal-awal je okey. Lame lame nanti keyo. muahah. Mintak mintak okey je smpai final nnt. Blaja ni kne byk ingat rumus. Tu yang pening lemah longlai sgt tu, =.='

Public speaking : Lecturer tu pun okey. Madam Rosyati. Class dia start semalam. 10.01.2011. Pkul 8 malam smpai 10 malam =.='. Masuk masuk class terus ada test. Ujian pemikiran kritis. Sangat pening soalan soalan dia. Hadoooo =.=' Pastu terus kne buat essay. Dlm masa 2 jam tu, kne jawab test 71 soalan dengan buat essay 350 patah perkataan skali dengan outline. Sangat mencabar minda. Muahahaha

Nihongo 1 : Baru je 1st class yang bincang bincang pasal kelas sebab takut clash dengan class lain. Class ni pun malam jugak. Hari Khamis 8 malam smpai 10 malam =.=' Sensei yang ajar Nihongo ni nama dia Madam Roswati. Maybe dia ni adik beradik ngan Madam Rosyati yang ajar aku public speaking sebab Nama ayah mereka sama dan bilik mereka pun dekat dekat je. muahaha. Rase2 je. Tapi betul kot, Hmmmm taktau lah.

Bioteknologi Akuakultur : Class ni tak start lagi. arini pun class ni batal. Maybe next week baru start kot. huuuu :D Dr Asma yang ajar. Tak penah pun lagi jumpa dia sebab class tak start ag. hihi.

Pemakanan : Tak tau boleh add tak subjek ni utk sem ni. Dr Hamid Khoda macam takmau amek. Huuuuu kuota macam dh penuh sbb bercampur ngan budak Food Sc. ngan budak Akua. adoiiii. Dah la subjek ni dh amek masa dip dulu. Pastu Tak boleh drop. Sepatutnya boleh drop sbb dapat B. Tapi kne amek smula, alasan apa pun tak pasti! pelik betui. Haishhhh. =.='

Sekian. Wassalam ;)

Sunday, January 2, 2011

Goal for 2011

Pertama : Nak jadi lebih matang. Kalau dulu kuat merajuk tah pape, kena lebih matang, fikir dulu nk merajuk ke, nak gaduh ke, betul ke tak tindakan tu. Haaaa. Baru la betul ;p InsyaAllah ;)

Kedua : Nak jadi lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Yela, nak tempuhi cabaran cabaran yang mendatang, kne la lagi kuat kan? Semakin tua ni, semakin besar cabaran. Semakin nk berubah, semakin berat dugaan. InsyaAllah ;)

Ketiga : Nak jadi lagi kuat belajar. Tengok result, teruk. Teruk tu tak teruk la. Tapi kalau gempak, mmg dah pos siap siap dh kat sini. Tapi sebabkan terukkkkk, takde maknenye nk share kat sini. Muahaha. InsyaAllah :)

Keempat : Nak jadi lagi penyabar. Kalau dulu, salah sikit dah melenting, tengah drive, ad kete yang tak reti base, kne maki kaw kaw, kne honnnn kuat kuat, 2011 ni, kne lebih bersabar. Nak pupuk sifat tu dalam diri. Kalau ad kete yang tak reti base tu, CUBA jangan bunyikan hon, SABAR! Jangan maki maki. Maki pun bukan dia dengar pun. Dapat dosaaa je kan? =.=' InsyaAllah :)

Kelima : Nak jadi lebih aktif, kalau boleh petang petang takde keje, main roller blades ke, main badminton ke, jogging ke, Baru la sihat. Badan cergas, minda cerdas. Tak gitu? Muahaha InsyaAllah ;)

Keenam : Nak jadi Isteri solehah (angkatkening angkatkening) InsyaAllah ;D