Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Tuesday, December 21, 2010

15minit.

Okey. Kenapa pasal 15 minit? Sebabnya, aku dh taktau nak buat apa. Sekarang ni aku kna buat something dalam masa 15 minit supaya, 15 minit aku terisi dengan sesuatu yang berguna. Sebab 15 minit lagi, aku kne kejutkan seseorang yang tido pastu kalau kejut akan berkata kata lah dia dengan selambaaa "15 minit 15 minit" Kadang kadang bukan 15 minit. 5 minit pun jadi lah. Asalkan boleh jugak tido walaupun sekejap. Disebabkan terlampau boring, aku buatla entri pasal seseorang yang tido 15 minit 15 minit eh 5 minit 5 minit. kadang kadang mengigau. "(*&*^&%^%$^$%)" apabila ditanya apebende? ehhh. Senyap. Rupanya mengigau. Muahahaha. Macam macam lah! =.='


Pastu kira sampai sepuloh pun, nak tunggu aku kira sampai sembilan, baru la nak bangun. Liat. Heeeeeee :P Tanah liat ke apa? EEeeeeee.


Wak, kalau boleh masuk tangan saya dlm komputer tu, saya dah pulas telinga awak sampai bangun. Gerammm Grrrr :D


************************************************




notakakikiri ; jgn marah ibrahim mohsenku sayang. iloveyou walaupun you suka suruh i kira 15 minit sokmo. hahaha :D



Monday, December 13, 2010

Jalan jalan sikit.

Tujuan utama adalah pegi weeding my friend dekat ampang. Tujuan kedua jumpa cousin kesayangan. Tujuan ketiga, pegi jalan tar cari shawl. Tujuan keempat adalah sebenarnya mengidam sangat nak makan ayam penyet kat the curve. hoho.



Air mata kucing. Hmmmmm. hmmmm. Nak lagi nak lagi.


Ni makanan korea kat the garden. Tokey kedai tu betul betul orang korea. Makanan ni namanya. hmmm. Tak ingat tapi ada nama kimchi kimchii macam tu tak silap aku. :D. Tapi yang pasti, cik edora sangat teruja makan makanan korea sebab dia peminat #1 Korea -.-' Tokey dia sangat ramah. Bagus. Suh dtg lagi lain kali nak kasi buah tangan. Muahaha.

Baby bersama bearnya. Hoho

Aku pun nak jugak.

Suka nya kita. Kenapa aku suke sangat ni? Baby amek gambar sambil buat lawak ke apa? lupa lah.

Yeee. Same kan bear tu dengan aku? Gemok tapi comel. muahahaha perasan gitewwww T_T


Besarkan bear ni? Ibrahim mohsen, saya nak satu! malam malam boleh peluk bear ni pun takpe -.-'


Kesayangan <3>


Oh ayam penyet. Tak sempat makan ayam penyet kat curve. Tapi ayam penyet kat wangsa walk pun best. Tercapai jugak hajat nk makan ayam penyet. hihi


Gonna miss you ayam penyet -.-'



Bajet comel la tu buat macam tu? Muaha. Ini kawan saya. Namanya Apis.

Ni kat majlis orang kawen. Hoho. Sorang sorang je. Kekasih hati jauh nk bergambar bersama sama. Hmmmm. Rindu . . .

Apis bersama kekasih hatinya Edora Diyana. Bila lagi? Nak merasa nasi minyak pok bir ni. Bhaha


Dora & Aku. :)


NotaKaki : Entri ni entri paling panjang penah aku buat setakat ini sebab banyak gambar. Sekian.

Tuesday, December 7, 2010

tak kenal maka tak cinta

kenapa aku buat entri macam ni? sebabnya dah lama tak layan hindustan. hihihi :D Masa kat hostel (umt) before balik umah, ada la amek cite ngan coursemate aku. Dia bagi 1 cite omputih, 2 cite korea, then 1 cite hindustan. Dalam hati terdetik la, aiii budak ni, layan hindustan, besar besar pun layan hindustan ke? hahaha :D lawak la jugak. hmmm. yela, dulu mase skolah rendah minat sangat kuch kuch hota hey. betul ke eja? maaf la kalau salaah eja. Balik umah, tgk cite hindustan, pastu pegi skolah, cite cite ngan kawan, cece konon kononnya, aku la up-to-date time tu. aku tau dulu cite tu macam tu, macam ni.. hihi.

Pastu, masuk skolah menengah je, konon konon kool la sangat. Dah tak layan dah hindustan. Layan Cite omputih je bebbbb. Tak main la cite melayu. Ape kelassss. Lagu pun lagu omputih je. Lagu melayu tak pandang langsung. huh. Tak main la. Omputih la bestttt. cool. Wowwww. HAHA.

form 3, form 4, form 5, layan la underground. Dah tak layan dah mainstream. Ape kelasssss. Layan underground la. Baru grunge! hahaha. apadaaaaa.

Eh, tukar topik ke ape ni? Haihhh, tiba tiba je tengah best best menaip, dc pulak. haiyoh. hmmm.

Pastu dah masuk "u", layan semua, tapi tak jugak layan hindustan. Sebab dalam otak pikir kalau hindustan, mesti ada part yag nyanyi nyanyi joget joget ramai ramai dalam hujan la, kat tengah padang la, dalam dewan la, tu la ni la. coursemate aku cakap, cite tu best. try la tengok. Aku ni mula mula macam hmmmm boring la hindustan. Okey, dah bosan sangat, try jugak tengok. Aku try tengok. try yee! ulang skali lagi, aku try tengok! hihi. Rupa rupa nya. best jugak cite dia.

Cite dia pasal 3orang kawan baik ni. Diorang stadi Engineering Kat kolej ICE. ICE tu ais kacang. hihi. ICE tu stand for Imperal College Engineering kot tak silap. Sape penah tengok cite ni? Tajuk cite dia 3 idiots. Best la. Aku suka. hihi. Diorang ni sanggup buat apa saja demi kawan diorang. Diorang bertiga la maksud aku. Cite dia banyak motivasi. Bagus la cite hindustan ni. haha. Korang yang baca ni, try la tengok cite tu,. tak rugi. best dan banyak mesej nk disampaikan :D

Lain kali layan cite hindustan lain pulak.

Kalau tak cuba, tak tahu. Macam aku la, mula mula tak suka tgk hindustan,, dah tengok, ehhh best pulak cite hindustan. Tapi jangan la ingat aku ni peminat no satu bollywood. HAHA. Tapi betula la pepatah melayu ad yang cakap, "Tak kenal maka tak cinta" :)

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah


Terima kasih Ya Allah. Bagi aku peluang untuk kembali sehat. hihi. Dah seminggu lebih aku demam. Masa demam, barulah ingat nikmat yang Allah kasi aku pinjam untuk sementara waktu tu. Sekejap je dia nk tarik, dia nk suh aku rasa sakit, time tu barulah nk muhasabahkan diri. Tapi Dia Maha Penyayang. Dia bagi balik aku pinjam nikmatNya. Sekarang aku sihat, boleh buat kerja dengan baik. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah :) Hari ni baru ad tenaga nk buat keje keje yang tertangguh semenjak balik dari umt. Hmmm. Arini, seharian aku jadi suri rumah sepenuh masa. Yela, nanti nak kawen senang, dah praktik awal awal :P

Pagi, pergi beli breakfast ; Nasi minyak, kuih lapis, kuih gulung.

Tengahari ; Masak nasi, buat lauk, ikan masak pindan. Penah makan tak? :D Hehe, then, basuh pinggan.

Petang ; Kemas bilik, basuh baju, jemur baju. hihi. -.-'

Malam ; Skype bersama si cacing gemok kuat tido. :P


Yeayyy. Misi dh selesai. Seharian bekerja. Penat tapi puas hati smua dh siappp :)

Friday, December 3, 2010

Dear December


You are not being very good to me right now. I just want to be not sick and be able to get all my work done. Is that really too much to ask?

Thursday, December 2, 2010

Alhamdulillah




Pejam celik pejam celik dah pun abes semester. hoho. Semester depan aku amek satu subject je. Public speaking. hihi. Sebabnya, subject lain dh amek time diploma. So, aku berhajat nk tarik subject sem 4 ke sem depan. so sem depan aku amek Biostatistik -.-' Genetik dan Permulihan Stok Pemakanan dan Teknologi Makanan dan Public speaking la yeee. Tapi ingat nak amek ko-k jugak. Nak amek Scuba. Nak jugak diving macam orang lain. heeee hmmm. tgk la dulu mcm mane. Kalau tak amek sem depan pun, tgk la sem 3 ke sem 4 ke. Janji, sebelum keluar umt, aku ada lesen scuba. InsyaAllah :)