Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Monday, September 7, 2015

Bersalin di jepun part 2


Kenapa czer? Aritu bukan dh bersalin normal ke?

Macam ni cite dia, kat jepun ni memang prosedur dia, once ko dh pernah bersalin cara czer, anak kedua ketiga sampai kesepuluh sekalipun akan czer jugak. Itu memang law kat sini. Aku dh pergi 3 hospital semua xnk buat normal. Semua ckp xnal tanggung risiko. Dh ko nk sgt bersalin kat jepun kan? Ikut ajelah. Hehehe. Perumpamaannya macam ko pergi umah kawan ko, dia cakap xboleh merokok dalam rumah. Takkan ko nk merokok jugak kan? Tu namenye xfaham bahasa. Lol. 

Yang bestnya, masa mula2 sampai untuk booking hospital, doc laki then doc tu tanya awak islam kan? Awak nk doc perempuan kan? Okay. Dia kasi aku schedule doc perempuan so aku boleh pilih nk dtg hari yg kena dgn doc perempuan. Alhamdulillah. 

Disebabkan aku czer, diorg suh aku ddtg appoinment untuk terangkan mcm mana dan keadaan bilik apa perlu buat dll. Dia bgtau pakar bius kat hospital ni lelaki. To dia akan cuba dapatkan pakar bius perempuan untuk aku. Kalau xde jugak barulah pakar laki jugak. 

And Alhamdulillah semua dalam op room perempuan. Diorang memang bersungguh sungguh nk dpatkan doc perempuan untuk aku. 

Walaupun hospital awam je, layanan tetap 5 bintang. Dh la layan bagus free of charge pulak. Makanan pun semua berkhasiat. Alhamdulillah dpt merasa bersalin di negara orang. 

Kalau kat malaysia, nak layanan best pergi hospital swasta la. Sebab bayar mahal boleh la nk layan macam raja kan? Hehe. Sebab aku dh dua kali merasa bersalin di hospital kerajaan malaysia, dua kali jugakla ada pengalaman di"sound" misi. Just saying dude 😊

Thursday, March 12, 2015

Bersalin di jepun part 1

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak share cite pasal bersalin kat negara matahari terbit ni. Sementara masih diberi kekuatan ingatan nk menaip pasal pengalaman ni. Baiklah kita share nanti dh lupa almaklumla dh meningkat satu angka usia ni kan. Makin banyak la benda yang lupa. Heheheee.

Berbalik kepada tujuan pos ni, biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dan tersemat disini supaya anak anak cucu cicit ku nanti bercerita pasal pengalaman nenek dia ni kan hahaha.  Adalaaa benda nk dicerita nantikan. Hmmm. Maklumla nenek dh modern hehee.

Tanggal 2March 2015, lebih kurang pukul 930 pagi kitorang bergerak ke hospital. Appoinment pukul 10pagi. Perjalanan untuk sampai ke hospital lebih kurang 20minit. Sesampai dihospital setel semua borang dalam pukul 1015 mcm tu bergegas ke delivery ward. Ade nurse ni sambut kitorang and tunjuk bilik yg akan aku duduk selama semalam disitu. Lepas semalam kena pindah ward biasa.

Ward biasa kat hospital ni 4org sebilik. Xdela crowded mcm hospital kat malaysia.  Operation akan dilakukan pukul 2 ptg. Sempatla aku sembahyang zohor. Asar dh xsempat sbb asar masuk pukul 3 lebih waktu jepun. Nurse td siap2 masukkan air pastu smyg zohor aku tak ingat nk bawak telekung smayang.  Aku pakai baju kelawar buat smayang. Nurse tu masuk tgk and tanya pasal apa aku pakai baju tu. Aku ckp aku smyg oooooooo dia ber oooo ngan aku. Hehe. Pastu dia ty aku nervous ke tak? Aku cakap nervous. Dia cuba tenangkan aku. Dia cakap sy tahu perasaan awak sbb sy pun pernah bersalin di mynmar sbb suami saya orang myanmar. Hehehe.  Nasibla nurse tu pandai gak spiking london. Nama nurse tu kawai-san. Nama pun dh comel ehehe

Jam dh nk dekat pukul 2. Takutnya Allah je tau perasaan tu. Nk kne bedah kottt huhuhu. Kawai-san dtg lagi kali ni dh ajak masuk operation theatre. Ibrahim mohsen hantar sampai pintu operation theatre. Mintak maaf ngan mami ngan ibrahim mohsen. Takut dh xjumpa kan ? Huhuhu.

Semua kat dalam OT tu nurse doc perempuan. Diorang dh siapkan untuk aku doc perempuan sebab dia tahu org islm mesti nk perempuan. Bagus betul. Hehe. Pakar bius start bius dh. Aku disuruhnya duduk merengkok macam kucing kesejukan.  Dh kebas semua nurse ckp ok. Dh nk start. Start je terus toreh perut. Waaaaaaa yang paling seram skali bila aku nampak diorang toreh perut aku. Huhuuu. Seram weh. Sampai baby kluar aku  nampak mcm mana diorang robek2 perut semua. Once baby kluar je semua cakap omedetou!!! Hehehe. Dan  time tu aku dgr diorang pasang lagu happy birthday to youuu! Hahaa.

Setel je jahit semua aku dihantar kt bilik aku td.  Malam tu, ubat bius dh hilang. Berdenyut2 kesakitan aku rs. Dua kali aku mintak pain killer. Yg cecair punya. Mmg efek. Hmmmm. Pastu semalaman aku tak boleh tidur akibat kesakitan yang melampau. Huhu. Sayangilah ibu  anda kerana kesakitan yang ditanggung melahirkan anak anak tidak dot diungkap dengan kata kata.

Bersambung