Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Thursday, July 7, 2011

1 entry 4 cerita :p


Cerita 1 : Harini bangun lambat sebab semalam aku tak boleh nak tutup mata. Ni semua The sims punya angkara. hadoyyyyyyyy. Kesian Ibrahim Mohsen pergi sekolah tak breakfast. Sbb saya bangun lambat. huhuhu. Jahatnya kamu Jahatnya kamuuu kuyamm. Ish ish ishhh. Sorry love. Terbangun lambat. Ok janji lepas ni tak main The sims sampai subuh dh. OK!

Bangun2 tido, dia dh kejutkan aku pastu hulur tangan sbb dh nk pergi sekolah. Before pergi sekolah knelah salam salam dulu kan? hihi. Bawah perut aku dh semakin mengeras aku rase. hihi. Baby dh makin membesar agaknya kan? :D




Cerita 2 : Aritu pergi cari barang basikal Ibrahim Mohsen kat AEON pastu terbeli kasut baby. Pekakas lain belum beli, kasut dh nk beli dh. Tu pun macam baby akan pakai setahun kemudian je. HAHHA. Ibrahim Mohsen punya kerja la. Suka sgt beli kasut. Rak kasut umah ni pun xckup nk letak kasut dia. Pening aku tgk kasut yang banyak gila kot. Kat bawah rak pun kasut dia lagi. -.-' Katenya nanti baby dh besar, xpayah beli kasut dh sbb kasut dia dh banyak. Iyolah tu. hahahhaah.




Cerita 3 : Haaaaa. haritu pergi Okayama sbb dia ad main futsal. Alhamdulillah dapat tempat ketiga. Bukan senang jugak la nak dapat tempat tu. Tu dari pandangan aku la. Bukannya sebab dia team Ibrahim Mohsen aku jadi cakap macam ni. Tapi sebab aku tengok team2 futsal yang lawan aritu semua macam padu2 je. Haihhh. Kacip gigi aku tengok dia main futsal. Nak jerit, aku sorang sorang je. HAHAHAHA. Jadi Geram pun ad kalau gol xmasuk. Haduhhh. Tension betul hahaha.





Cerita 4 : Yang ni gambar lepas kitorang balik dari Okayama tu, kitorang singgah dekat kalau kat Malaysia Panggil R&R la kan? hihi. Tempat tu dekat bawah jambatan panjang dan besar GILAAAAAAAA wa cakap lu. Masa siang on the way ke Okayama tu, tak nampak sgt sbb hujan. Patu balik2, dah malam, takuttttt sgt lalu atas jambatan tu sbb besar gila. Dah la dua tingakat. Yang atas tempat laluan kereta lori dan sebagainya lahh yeee. Tempat bawah laluan train. Haishhh. Serunn.




Aku masa lalu kat atas jambatan tu teringat kat cite X men yang masa Magneto patahkan jambatan merah tu pergi menghala ke pulau nk bunuh budak yang ad penawar nk sembuhkan mutant tu. Ingat tak part tu? HAHAHAH terpengaruh cite Xmen lak. Hadoi doi doi. Tapi Ibrahim Mohsen kate kalau siang, view kat sini lawa gila. Tak boleh nk amek gambar sebab gelap. Malas la. Kita bukan ad kamera mahal pun nak amek gambar malam. hihi.




Pokok yang dekat belakang Ibrahim Mohseb tu, kononya kita kne tulis apa hajat kita la. kononya akan termakbul. hahahaha. Aku pun tulis jugak. Saje je. Untuk tujuan bersuka suka sahaja ye. Bukan percaya pun. heeeeee. Pastu minum2 air lepak2 kat R&R tu, aku nk terkencing, masa tu dah nak dekat pukul 10 malam dah. Aku takut nak pergi toilet. Mintak Ibrahim Mohsen temankan. Smpai2 toilet dah tak takut sebab toilet dia cantik sgt hahaha.




Setelah mengoogle, aku jumpa jambatan ni . Ni lah jambatan aritu. Panjangggggg kannn? And kalau tak silap nama dia Seto-Ohashi Bridge. Kalah Pulau pinang hahahaha. Eh eh taip taip tengok atas, baru sedar entry ni terpanjang sikit. Maaf ye! Ok bye :)