Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (2) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Thursday, March 12, 2015

Bersalin di jepun part 1

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak share cite pasal bersalin kat negara matahari terbit ni. Sementara masih diberi kekuatan ingatan nk menaip pasal pengalaman ni. Baiklah kita share nanti dh lupa almaklumla dh meningkat satu angka usia ni kan. Makin banyak la benda yang lupa. Heheheee.

Berbalik kepada tujuan pos ni, biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dan tersemat disini supaya anak anak cucu cicit ku nanti bercerita pasal pengalaman nenek dia ni kan hahaha.  Adalaaa benda nk dicerita nantikan. Hmmm. Maklumla nenek dh modern hehee.

Tanggal 2March 2015, lebih kurang pukul 930 pagi kitorang bergerak ke hospital. Appoinment pukul 10pagi. Perjalanan untuk sampai ke hospital lebih kurang 20minit. Sesampai dihospital setel semua borang dalam pukul 1015 mcm tu bergegas ke delivery ward. Ade nurse ni sambut kitorang and tunjuk bilik yg akan aku duduk selama semalam disitu. Lepas semalam kena pindah ward biasa.

Ward biasa kat hospital ni 4org sebilik. Xdela crowded mcm hospital kat malaysia.  Operation akan dilakukan pukul 2 ptg. Sempatla aku sembahyang zohor. Asar dh xsempat sbb asar masuk pukul 3 lebih waktu jepun. Nurse td siap2 masukkan air pastu smyg zohor aku tak ingat nk bawak telekung smayang.  Aku pakai baju kelawar buat smayang. Nurse tu masuk tgk and tanya pasal apa aku pakai baju tu. Aku ckp aku smyg oooooooo dia ber oooo ngan aku. Hehe. Pastu dia ty aku nervous ke tak? Aku cakap nervous. Dia cuba tenangkan aku. Dia cakap sy tahu perasaan awak sbb sy pun pernah bersalin di mynmar sbb suami saya orang myanmar. Hehehe.  Nasibla nurse tu pandai gak spiking london. Nama nurse tu kawai-san. Nama pun dh comel ehehe

Jam dh nk dekat pukul 2. Takutnya Allah je tau perasaan tu. Nk kne bedah kottt huhuhu. Kawai-san dtg lagi kali ni dh ajak masuk operation theatre. Ibrahim mohsen hantar sampai pintu operation theatre. Mintak maaf ngan mami ngan ibrahim mohsen. Takut dh xjumpa kan ? Huhuhu.

Semua kat dalam OT tu nurse doc perempuan. Diorang dh siapkan untuk aku doc perempuan sebab dia tahu org islm mesti nk perempuan. Bagus betul. Hehe. Pakar bius start bius dh. Aku disuruhnya duduk merengkok macam kucing kesejukan.  Dh kebas semua nurse ckp ok. Dh nk start. Start je terus toreh perut. Waaaaaaa yang paling seram skali bila aku nampak diorang toreh perut aku. Huhuuu. Seram weh. Sampai baby kluar aku  nampak mcm mana diorang robek2 perut semua. Once baby kluar je semua cakap omedetou!!! Hehehe. Dan  time tu aku dgr diorang pasang lagu happy birthday to youuu! Hahaa.

Setel je jahit semua aku dihantar kt bilik aku td.  Malam tu, ubat bius dh hilang. Berdenyut2 kesakitan aku rs. Dua kali aku mintak pain killer. Yg cecair punya. Mmg efek. Hmmmm. Pastu semalaman aku tak boleh tidur akibat kesakitan yang melampau. Huhu. Sayangilah ibu  anda kerana kesakitan yang ditanggung melahirkan anak anak tidak dot diungkap dengan kata kata.

Bersambung