Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

Aku sesal


Aku sesal dengan perbuatan aku. Tapi apa kan daya ku. Semuanya tidak bisa diputar kembali. Sudah terlambat untuk menyesal segala nya. Mungkin waktu itu diriku belum cukup matang untuk bertindak matang.
Semoga ianya menjadi pengajaran untuk hidup aku. Semoga aku lebih matang untuk menjalani liku liku kehidupanku sekarang.  Semua buat silap. Kenapa kebahagian yang kita lalui selama ini, engkau memilih untuk melihat derita yang secalit itu? Maafkan aku duhai manusia. Aku juga manusia biasa yang hina. Yang sangat dahagakan kemaafan dari Yang Maha Esa. Maafkan aku duhai Manusia yang pernah aku lukakan. Binasakan. Maafkan aku. Mulai saat ini aku memilih untuk memaafkan sesiapa sahaja yang aku sakiti, memilih untuk tidak lagi bersangka buruk, semoga aku terus istiqamah. Semoga Tuhan selalu denganku. Aminn. 

Tuesday, August 23, 2011

Meragam

Orang kata kalau mengandung, kita mengidam nk makan tu, nk makan ni kan? Hihi. Ibrahim Mohsen kate aku mengidam nak pergi USJ. Muehehe. Kadang-kadang perangai jadi pelik-pelik je. Nak marah, nangis banyakkkk sangat. Ibrahim Mohsen jadi mangsa keadaan. Terima kasih mangsaku. Hihi. Bukan sengaja. Hmmmm. Orang kata, kalau orang tu org yang kita sayang, lagi laa. Asyik nak marah dia je. Hoho. Mmg pun. Aku pun tak faham kenapa asyik gaduh je aritu. Sebab tu kot. Pastu pasal penat jalan-jalan. Selama aku hidup ni, aku tak penah kenal penat kalau jalan-jalan. HAHA. Tapi, aku rase penat sangat time jalan-jalan kat Osaka aritu. Sampai nak nangis ase. Hukhukhuk. Sepupu aku kate, kalau penat sangat tak elok untuk kandungan kite. Haaaaa. Aritu aku penat gile kot. Mmg nk nangis. Papepun, terima kasih hubby tercinta sbb merealisasikan segala keinginan saya sepanjang berada disana. Lucky me dapat awak. Wiwit.


Pastu kan, td aku pegi klinik, dengar dengupan jantung baby. Kuat sangat bunyi dia. Dup dup dup dup dup. Heeeeee. Pastu kne cucuk. Sakit. Lenguh ase lengan. Huuuu. Baby mama gerak gerak banyak kali sangat arini. Mama letok hp atas perut bergerak-gerak hp mama baby buat kan? Main apa dalam sane? Rindu ayah ye? Hihi :D

Thursday, April 28, 2011

Rezeki

Alhamdulillah. Sedar tak sedar. Aku dah pregnant!! Hmmm. Aku pun pelik jugak kenapa la period aku ni tak datang datang. Biasenya slalu on time lah. Kalau lewat pun sehari je. Ni sampai seminggu. Pastu badan aku rasa macam penat je 2,3 minggu ni. Then rasa nak muntah tapi tak muntah muntah pun. Aku bagitau la Ibrahim Mohsen badan aku rasa tak sedap. Loya loya smua tu. Pastu dia suruh aku pergi beli pregnancy test.

Lepas exam Nihongo, aku pergi farmasi beli pregnancy test kit. Malam tu aku pun test la kan? Terkejut sangat bila aku tengok 2 band. (positive). Aku macam tak percaya jeeee. Then, esok tu aku pun pergi la klinik UMT. Jumpa doktor, Doktor tanya apa masalah awk... Aku pun cakap la nak cek saya ni pregnant ke? huuuu. Selamber je aku ty macam tu. Doktor tu ty la. Dah kawen ey? Aaah. Dah kawen la. Kalau tak kawen, brani pulak aku nak tanya macam tu kan? HAHAHAHAHA. Doktor suruh aku buat urine test. Hasil dia, sama je macam aku test sendiri smalam. Doktor cakap dh 5 minggu. Ohmyyyy. Dah 5 minggu rupanya. Aku slamber je duk makan ngarut2. Huhuhu. Sekarang dh kena jaga makan dah. Takut jugak jd pape kan.

Yela kami kan stadi lagi, macam mana nak jaga baby nanti? Betul soalan tu, tapi ni kan rezeki Allah. Setiap yang Dia bagi ada hikmah disebaliknya,. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan? Dia takkan bagi kalau kita tak mampu nk hadapi. Betul dak? InsyaAllah. Harap harap semua baik baik hendaknya. Sekejap je rasanya,. Kawen, tup tup tup dah nak dapat Babyyy. Amin Amin Amin. Ibrahim Mohsen dah nak jadi Ayah :D InsyaAllah. Doakan aku ngan baby dalam perut aku ni sehat sehat sokmo ye! (*V*)

Tuesday, March 1, 2011

Kisah demam

Arini aku demam. Dah tiga hari demam. Tapi arini paling la xlarat nak bangun sampai ponteng kelas biostat. Huuuuu _._

Pastu kawan aku pun bawak la aku pegi klinik umt. Tgu punya tungu. . .

Misi ajak aku masuk bilik doctor.

Doc : Sakit ape?

Aku : Demam (buat muka sedih padahal pakai mask)

Doc : Dah brapa ari demam ni?

Aku : Dah tiga hari dh :(

Doc : Demam je ke? Batuk batuk, selsema sakit tekak ad tak?

Aku : semua adeee. Demam, batuk, sakit tekak, selsema, sakit kepala.

Doc : Kawan kawan ad yang demam tak?

Aku : Ade.

Doc : Sebilik ke ngan dia?

Aku : Aah.

Doc : Ngangeee mulut ( smbil suluh lampu dalam mulut aku) (smbil2 tu misi kat tepi tu cek tekanan darah ngan amik suhu badan) Pusing blakang tarik nafasss, lepas, tarik. . lepasss... tarik lepasss...

Doc : Hmmmm. Dah makan? selera makan macam mane?

Aku : Slera makan macam biasa je doc.

Doc : Okey, bawak ni (resit, nombor giliran) pegi unit farmasi amek ubat.

aku : terima kasih doc.

NOTAKUKU : sakit, tak sakit. . makan tetap makan. Selera tak penah nak kalah. nak menang je.. Haiyaaaa. Muahaha :P


p/s : Doakan saya cepat sembuh ya kawan kawan ku syg! :)

Friday, February 25, 2011

speechless

Kenapa aku speechless? Sebabkan, tadi tengah duk tengok kawan aku main pingpong dalam bilik. huhu. tiba tiba kawan aku sorang lagi Ainaa (bukan nama samaran) :P call aku. Dia nangis nangis. Aku tanya laaa kenapa nangis ni? Dia cakap bakal ayah mentua dia dah meninggal. Yang aku tergamam skali, Ainaa slalu duk cite cite kat aku yang Bakal mak mentua dia yang sakit. Sakit jantung :( Tapi dengan kuasa Allah SWT yang Maha Besar, ayah mentua dia yang meninggal sedangkan ayah mentua dia tu baik baik aja. Sihat Walafiat. . .


Besarnya kuasaMu Ya Allah Ya Tuhanku. Membuatkan aku terfikir sejenak. .

Dia nak tarik nyawa siapa siapa pun tak kira umur tak kira sihat tak kira apa. Yang tengah sakit tak semestinya dia akan pergi dulu, yang tengah sihat tak semestinya dia tak pergi dulu. Fikir fikirkan lah wahai kawan kawan. Jadi gunalah masa yang ada sebaik baiknya. Carilah akhirat yang kekal selamanya tu. Dunia pun cari jugak. Tapi cari dua dua tu biar seimbang :) InsyaALLAH .

Kitorang smua mmg tak expect yang ayah dia yang pergi dulu. . . Alhamdulillah. arwah meninggal hari jumaat. Semoga arwah berada dikalangan orang orang beriman dan beramal soleh. Amin. Al fatihah

Thursday, February 24, 2011

Boring(fullstop)




***************************************************

Aritu kan aku ad cakap nak upload gambar konvo. Hik3. Sampai sekarang, 24/02/ 2011 baru la berkesempatan nak upload gambar gambar ni sebab bosan sangat takde keje sangat nak buat. Hihi. There are several pictures from my graduation day (^V^)v


Okey . Yang ni kitorang gedik gedikkan diri pergi amek gambar kat shahbandar okey!

Yeayyy. Konvo yeayyy! :D


Tak cukup ahli sebab ramai yang busy that day -.-'


Haaaa. Yang ni Baru betul betul konvo :)


Yeah. Si cantik manis murni :))





^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Okey yang ni gambar guna polaroid. =D


.
ibrahim mohsen azman pun ada. Balik semata mata nak datang i punya konvo tau! terharunyaaa ;') hekhekhek. Gurau je =p


Besties.


Depan DSM. Nanti awak konvo saya nak pegi jugak tau! =D

Kak ilah Nur =D "Roomate" sem 5 blok B1

Ibunda tercinta <3


Gambar ni pun tak banyak sangat sebab time konvo tu masing masing busy ngan family masing masing. Pelik rasenya. Sikit je gambar konvo aku. Huuuu -.- Takpe nnt konvo degree nk pastikan gambar konvo banyakkkkk gileeeeee. ok.bye.

Saturday, February 19, 2011

Bosannya. Hari ni hari sabtu. 15 hari lagi ibrahim mohsen nak balik. (*V*) Sebenarnya bukan nak cite pasal ni. Tapi pasal. . stadi. waaaaaa :[ Tensi tensi tensi. Taktau nak buat macam mana ni! Isnin ni test BIOSTATISTIK. Stadi punya stadi punya stadi, langsung tak dapat jawapan. Bosan la macam ni!


Wuuuhuuuu (-.-) Tolong. Tolong. Komengga. Komengga. Help. Help! What should i do? Tu la kuyam! Dalam kelas kononya faham. Tapi balik bilik langsung tak sentuh balik buku buku tu. Ape nak jadi ni? Tu la tak ingat dah apa yg Dr amir dah ajar tu. Langsung tak ingat!! Salin, salin, take note tapi satu haram pun dah tak ingat. Haddooooooo. Macam mana ni. Nanti nk kne ty ty orang. sempat ke tak pun tak tau lah. Sebabnya, ISNIN dah dekat!!!! WAAAAAAAAAAA.

Berbalik cite tentang seorang budak kuat tido ni, dia ajak kite stadi sebab dia pun tengah exam sekarang sampai kamis, kite ari isnin ni jeee, kite ni pun bangun laaaaaa nak stadi same same ngan dia la kononya (skyping) hihi. Kita bangun, semangat dh bukak buku stadi, kita tengok dia dh melentang, katanya nak cari posisi selesa nak stadi. Okey okey. Alasan boleh diterima pakai. Tapi, a few minutes later, pusing la tgk dia. . . . . . Nak tau ape dh jadi?


########################################



Tu diaaaaaaaa. Dah mimpi mimpi dah tuuuuuuuu! Hish -.-'


Pape pun, kite yang baru belajar basic basic nihongo ni cakap " Ganbatte kudasai" kat awk walaupun awk tipu kite awak kate nak stadi same same ngan kite. wuuuuhuuuuu. Pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok. (Pengaruh cite hantu kak limah)

Friday, February 4, 2011

Parking pun mahal dah sekarang!

bengangggg betul aku dengan akak jage parking dekat depan CIMB tu!!!! Ada ke aku baru je masuk, nk pegi bayar bil maxis, aku masuk sbb terpaksa sangat dh sbb jem gile kat situ time tu. Masuk kejap, aku bayar bil guna mesin kan? 5 minit pun xsmpai. aku pegi nk bayar parking akak tu cakap kne DUA HENGGET!! Parking tak sampai 5 minit pun babe! Aku cakap la kat akak tu akak saya masuk baru je lagi, resit pun tak dapat sebab orang yang jaga resit tu hilang pegi curi tulang agaknya kan? Pastu aku ingatkan dia nk ckp la 5POSEN KE SINGGIT pun aku tak kesah sangat. TAPIII..... Dia cakap kat aku, Okeyyyyyyyy dua ringgit sudahhh lahhh. Dengan muka selamberrrrr yaya selamberr papa nyaaaaaa dia sebut dua ringgit! Sakit ati aku. aku pun Cakap laaaa. Aishhhh takkan dua ringgit kot? Saya baru masuk sangat sangatttttttt ni! Haishhh. PAstu dia boleh pulak tawar menawar harga ngan aku! Dia cakap, okeyla singgit setengah! Aku taknak jugak. Aku cakap, mane boleh macam ni, aku baru je masuk punggung parking tu pun tak panas lagi aku letak kereta aku! Pastu dia ckp okeyla, singgitlaaaa! Aku pun hulur je singgit! Pastu dia duk sengih sengih =.='

Wednesday, February 2, 2011

Something will happen soonnnnn.

So sooon :D wait and see. The only thing about my family and I . It's should be the biggest day in my life. But just do it moderately. That's the way of islam :) You maybe will suprised what going to happen on March kan? hihi. But everything still in our plan. We just plan it, Allah decide it. I know Allah know the best for me :)

Tuesday, January 11, 2011

Class dh banyak yang dh start....

Biostatistik : Okey la. Lecturer tu nama dia Dr Wan Muhammad Amir. Dia macam penah ajar aku time diploma dulu. Taktau la awal-awal je okey. Lame lame nanti keyo. muahah. Mintak mintak okey je smpai final nnt. Blaja ni kne byk ingat rumus. Tu yang pening lemah longlai sgt tu, =.='

Public speaking : Lecturer tu pun okey. Madam Rosyati. Class dia start semalam. 10.01.2011. Pkul 8 malam smpai 10 malam =.='. Masuk masuk class terus ada test. Ujian pemikiran kritis. Sangat pening soalan soalan dia. Hadoooo =.=' Pastu terus kne buat essay. Dlm masa 2 jam tu, kne jawab test 71 soalan dengan buat essay 350 patah perkataan skali dengan outline. Sangat mencabar minda. Muahahaha

Nihongo 1 : Baru je 1st class yang bincang bincang pasal kelas sebab takut clash dengan class lain. Class ni pun malam jugak. Hari Khamis 8 malam smpai 10 malam =.=' Sensei yang ajar Nihongo ni nama dia Madam Roswati. Maybe dia ni adik beradik ngan Madam Rosyati yang ajar aku public speaking sebab Nama ayah mereka sama dan bilik mereka pun dekat dekat je. muahaha. Rase2 je. Tapi betul kot, Hmmmm taktau lah.

Bioteknologi Akuakultur : Class ni tak start lagi. arini pun class ni batal. Maybe next week baru start kot. huuuu :D Dr Asma yang ajar. Tak penah pun lagi jumpa dia sebab class tak start ag. hihi.

Pemakanan : Tak tau boleh add tak subjek ni utk sem ni. Dr Hamid Khoda macam takmau amek. Huuuuu kuota macam dh penuh sbb bercampur ngan budak Food Sc. ngan budak Akua. adoiiii. Dah la subjek ni dh amek masa dip dulu. Pastu Tak boleh drop. Sepatutnya boleh drop sbb dapat B. Tapi kne amek smula, alasan apa pun tak pasti! pelik betui. Haishhhh. =.='

Sekian. Wassalam ;)

Tuesday, December 7, 2010

tak kenal maka tak cinta

kenapa aku buat entri macam ni? sebabnya dah lama tak layan hindustan. hihihi :D Masa kat hostel (umt) before balik umah, ada la amek cite ngan coursemate aku. Dia bagi 1 cite omputih, 2 cite korea, then 1 cite hindustan. Dalam hati terdetik la, aiii budak ni, layan hindustan, besar besar pun layan hindustan ke? hahaha :D lawak la jugak. hmmm. yela, dulu mase skolah rendah minat sangat kuch kuch hota hey. betul ke eja? maaf la kalau salaah eja. Balik umah, tgk cite hindustan, pastu pegi skolah, cite cite ngan kawan, cece konon kononnya, aku la up-to-date time tu. aku tau dulu cite tu macam tu, macam ni.. hihi.

Pastu, masuk skolah menengah je, konon konon kool la sangat. Dah tak layan dah hindustan. Layan Cite omputih je bebbbb. Tak main la cite melayu. Ape kelassss. Lagu pun lagu omputih je. Lagu melayu tak pandang langsung. huh. Tak main la. Omputih la bestttt. cool. Wowwww. HAHA.

form 3, form 4, form 5, layan la underground. Dah tak layan dah mainstream. Ape kelasssss. Layan underground la. Baru grunge! hahaha. apadaaaaa.

Eh, tukar topik ke ape ni? Haihhh, tiba tiba je tengah best best menaip, dc pulak. haiyoh. hmmm.

Pastu dah masuk "u", layan semua, tapi tak jugak layan hindustan. Sebab dalam otak pikir kalau hindustan, mesti ada part yag nyanyi nyanyi joget joget ramai ramai dalam hujan la, kat tengah padang la, dalam dewan la, tu la ni la. coursemate aku cakap, cite tu best. try la tengok. Aku ni mula mula macam hmmmm boring la hindustan. Okey, dah bosan sangat, try jugak tengok. Aku try tengok. try yee! ulang skali lagi, aku try tengok! hihi. Rupa rupa nya. best jugak cite dia.

Cite dia pasal 3orang kawan baik ni. Diorang stadi Engineering Kat kolej ICE. ICE tu ais kacang. hihi. ICE tu stand for Imperal College Engineering kot tak silap. Sape penah tengok cite ni? Tajuk cite dia 3 idiots. Best la. Aku suka. hihi. Diorang ni sanggup buat apa saja demi kawan diorang. Diorang bertiga la maksud aku. Cite dia banyak motivasi. Bagus la cite hindustan ni. haha. Korang yang baca ni, try la tengok cite tu,. tak rugi. best dan banyak mesej nk disampaikan :D

Lain kali layan cite hindustan lain pulak.

Kalau tak cuba, tak tahu. Macam aku la, mula mula tak suka tgk hindustan,, dah tengok, ehhh best pulak cite hindustan. Tapi jangan la ingat aku ni peminat no satu bollywood. HAHA. Tapi betula la pepatah melayu ad yang cakap, "Tak kenal maka tak cinta" :)

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah


Terima kasih Ya Allah. Bagi aku peluang untuk kembali sehat. hihi. Dah seminggu lebih aku demam. Masa demam, barulah ingat nikmat yang Allah kasi aku pinjam untuk sementara waktu tu. Sekejap je dia nk tarik, dia nk suh aku rasa sakit, time tu barulah nk muhasabahkan diri. Tapi Dia Maha Penyayang. Dia bagi balik aku pinjam nikmatNya. Sekarang aku sihat, boleh buat kerja dengan baik. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah :) Hari ni baru ad tenaga nk buat keje keje yang tertangguh semenjak balik dari umt. Hmmm. Arini, seharian aku jadi suri rumah sepenuh masa. Yela, nanti nak kawen senang, dah praktik awal awal :P

Pagi, pergi beli breakfast ; Nasi minyak, kuih lapis, kuih gulung.

Tengahari ; Masak nasi, buat lauk, ikan masak pindan. Penah makan tak? :D Hehe, then, basuh pinggan.

Petang ; Kemas bilik, basuh baju, jemur baju. hihi. -.-'

Malam ; Skype bersama si cacing gemok kuat tido. :P


Yeayyy. Misi dh selesai. Seharian bekerja. Penat tapi puas hati smua dh siappp :)

Monday, November 29, 2010






Bagi aku, perokok adalah syaitan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kasarnya. Kenapa aku berkata begitu? Sebabnya, orang isap rokok ni kan, dia langsung tak fikir orang yang duk sedut asap rokok dia tu. Suka ati dia je isap pastu asap rokok tu dihidu oleh manusia manusia yang tak bersalah, contohnya aku.

Situasi...

Aku pegi makan kat kedai alsyakirin, Gong Badak. Ada la kapel ni duduk sebelah meja aku, si bf dia ni duk isap rokok pastu suh gf dia duk belah yang tak kena asap rokok, pastu asap rokok dibawa oleh angin singgah di lubang hidungku. Haish. Geram la aku. Tak malu betul, nk isap rokok tu, isap la sorang sorang, hidu la sorang sorang. Dengan gf, pandai pulak suruh gf pindah tempat. Aku ni? Aku insan yang tak berdosa duk hidu asap rokok kau! Aku pun pandang dia, pastu buat buat batuk tutup hidung. Pastu gf dia pun mcm ckp la, ksian budak tu tu duk sedut asap rokok awk. Dia pun pegi la kat tempat parking kete, isap kat sane lak.



Nak sakit, sakit la sorang sorang, ni nak ajak orang lain sakit skali.

Begitu jugak syaitan, dia dh tahu dh dia akan masuk neraka nanti, so, dia pun hasut menghasut anak anak adam nk suh masuk neraka jahanam sekali ngan dia. Syaitan saje melalaikan kita so, nanti dia pun ada la peneman masuk neraka bersama sama ngan dia.

Macam rokok jugak. Perokok ni dia isap rokok, dia nk org lain pun sakit macam dia jugak, sebab tu dia isap rokok tanpa melihat kiri kanan. hihi

Begitu la perumpamaannya. So, Bagi perokok-perokok sekelian, sedarlah. Rokok ni tak bagus untuk kesihatan. Dah la tak bagus, buang duit pulak tu duk beli rokok. Rokok kalau murah xpe gak. Ni mahal macam..... haishhh.


Banyak kesan yang tak baik untuk perokok. Kalau tak caye, bace ni haaaa

Merokok tak salah, tu hak masing masing, tapi tolong prihatin ngan orang sekeliling anda yea. sekian :)

Monday, November 22, 2010

Cerita dongeng

Pada tahun 2008, mungkin time tu bulan 5 sebab cuti sem yea. Aku telah pun daftar nama aku untuk ke kelas pandu memandu bertempat di padang midin Kuala Terengganu. Aku ke sana untuk membuat lesen memandu. Yaaaa. Mungkin pada usia yang sudah lanjut aku baru terkebil kebil nak buat lesen memandu manakala rakan rakan ku yang lain masing masing dh ada lesen dan dh boleh drive sendiri. Aku sangat menyampah dengan kawan kawanku yang ad lesen. bhahahaha :D (bergurau senda sahaja)** sebabnya, aku takde lesen. hihi.

Pada waktu aku pergi mendegar ceramah tentang lesen memandu, aku mengajak naimah menemaniku sebab aku ni sangatla manja ngan dia. kalau boleh, semua benda nk dia teman. hahaha. takla. . aku saje je. kalau bosan bosan dgr ceramah, boleh ckp ckp ngan naimah (kami bermain surat layang waktu itu) sebab tak boleh bercakap sebab penceramah bagi ceramah kat depan. heeee. Selesai je ceramah..

Aku pegi la test komputer. alhamdulillah aku lulus. hahaha. tu pun 45 je kot. haihh -.-

Bermula lah episod dimana aku dikehendaki belajar selama 8 jam kot tak silap. tapi cikgu memandu tu punya la malas ajar aku, dia skip skip je 8 jam tu jadi 4 jam je kot. 4 jam je aku belajar bawak kete dalam kandang kereta tu.

belajar punya belajar, aku dh pro dh sket sket bawak kereta. haha. boleh la jalan jalan atas jalan raya pulak.


Yeayyy. dh pandai dh. Pastu aku pun di beri tarikh untuk buat date ngan jpj. Pagi ahad tu, aku tak ingat bulan brape. Maybe bulan 9 tak silap aku. Aku pakai make up lawa lawa ni nk pegi dating ngan jpj. Buatla aku ujian bukit dgn parking. Alhamdulillah, aku lulus. yeayyyyy!

Ok. Hari dh tengahari. Jantung aku tiba tiba je berdengup kencang. Ye laaa. nk datingkan? hihi. Bertuahnya aku dapat jpj laki. Tapi tak hensem bhahahaha. Hmmmm. Aku pun buat la 5 perkara yang first tu, lima ke brapa? lupa ah. hahaha. dh siap dh. okey. buat u-turn. okey. kluar je pintu pagar kandang itu, okey. sampai kat simpang tiga, aku berhenti dan angkat handbreak. okey. tgk kiri kanan kiri kanan okey boleh jalan, aku pun jalan. Pastu jpj tu ckp stopppppppppppppppppppppppppp!!!!!! aku terkejut. rupa rupa nya ad sekelompok basikal lalu aku tak perasan. aduhhhh. jpj tu pun ckp. behenti. tukar tempat! hmmmm hmmmmm. aku pun merayu rayu. cik mintak maaf cik mintak maaf. bg la sy peluang (macam dlm drama pulak dh)


Dia langsung tak pedulikan aku. stupid punya olang. haha. aku pun dgn hati yang marah nak mampus, turun dan tukar tempat. penat aku blaja. sigh.


tanggal 23 bulan 11, dating pulak untuk kali kedua. Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang gemilang terbilangnyaaaaa. Esoknya terus pegi jpj buat lesen. Dan,



Esok tanggal 23 bulan 11 2010, aku boleh pegi jpj untuk kali kedua bgtau abg abg kakak kakak kat sane aku nk renew lesen aku. aku dh tak nak guna stiker p yang meyemak kat cermin kereta aku tu. wheehehehehe. Sekian .



Wednesday, November 17, 2010

Eid al-adha.

hari ni raya. baru pas makan nasi dagang. blurrrpppp. Alhamdulillah. heee. arini bangun lewat tak sempat nk pegi smayang raya. hmmmm :( ape nk jadi la kuyam? kenyang. Tapi xlengkap rasenye beraya tanpa semayang raya. Kan? Dulu, xpernah skali pun pergi smayang raya. 1st time pergi smayang raya masa raya aidilfitri baru baru ni kat masjid putih. Tu pun terlambat dh. Nasib baik ad tempat lagi. Petang semalam pergi kubur baba kat masjid putih. Dah ade dapur dh. Alhamdulillah. Sayu rase pegi ke kubur. Fikirr.... Setiap yang hidup pasti akan mati. Tapi amal masih belum cukup untuk ke sana. Macam mana kalau tiba tiba Allah swt nk ambil balik jasad yang dia kasi pinjam untuk sementara je ni? Takut kan? Macam mana la kalau mati katak. macam mana kalau mati eksiden tapi pakai seksi seksi, rambut di"dye", kuku diwarna. Fuhhh tak terbayang rasanya. wahhhh. Takut takut. Nauzubillah. mintak2 jauh la sbb kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita pada masa akan datang kan? Dr freehair boleh pakai tudung, dari pakai tudung, boleh freehair pulak. Hmmm. Ya Allah Ya Tuhanku, matikanlah aku dalam keimanan. Jauhilah aku dari malapetaka. Amin.

Eh eh, tajuk pasal raya haji. Tapi duk cakap pasal mati lak. :D sebenarnya tak kesah la yang mana mana pun. Cuma teringat je pergi ke kubur semalam. Hmmm. Sebak rasenye setiap kali ke sana. Rindu BABA :') Kepada semua umat islam seluruh dunia, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

Friday, November 12, 2010

Memasak dan belajar untuk bersyukur

assalamualaikum wbt. pkul 8 pagi : pegi pasar tani.onion-head-emoticon-15 Pegi beli ulam pucuk paku, ikan kembong, ikan aya dan beli jugak makanan untuk breakfast. pagi jumaat memang wajib ke pasar tani. Beli barang dapur. Arini nk masak (bukan nk masak sebenarnya dh masak dah kenyang pun ni haa) hee ikan singgang, ikan panggang dengan budu cicah ulam pucuk paku. perghhhhhhh. nikmat dunia. **onion-head-emoticon-1 Tapi td, tgh masak ikan singgang. Ikan panggang, xingat nk slowkan api. wahhhh. bau hangit hangit sket. heee. tp aluminium tu xde la itam. tu yang komfius tu., adehhh. bukak tengok! haiyakkkk! dh itam ikan kembong aku. adeh. menyesal pulak xingat slowkan api. Makan la jugak. Itam kat lua je. dlam maseh lagi elok, lembut untuk dimakan. Tapi xpuas ati sebab hangit! haishhh. lain kali kne buat lagi ni. heeee. tapi, cuba kita renungkan... dah hangit skit, dh komen macam macam (buat yang makan td la ye). Hangit la, xckup masin la, xckup manis la, itu la, ini la. Tapi, kita masih lagi ada rezeki untuk makan. Bangun pagi, ada je rezeki datang. Begitu jugak kalau pegi kedai makan. Nk makan tu, makan ni. Pas sampai je makanan, makanan yang kita order tu, xberapa nk menjadi org kate. mmg la tensi, pastu mmg xnk pegi dh kedai tu, pastu mulut pot pet pot pet duk mengomen makanan tuhey-you-son-of-amamaaa-lying. Cuba kita fikir mereka di palestin? Mereka makan macam kita tak? Mungkin kalau aku pegi sana tersalah masak ikan hangit, mereka berebut-rebut nk makan kan? Hmmmmm :( Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kita ni tergolong dalam golongan yang bernasib baik. Sebab negara kita aman damai makmur permai harmoni. Cuba awk yang baca ni bayangkan, macam mana kalau ditakdirkan suatu hari nanti negara kita pun jadi macam negara palestin? Ini bukan aku mintak. Tapi untuk renungan bersama. Supaya kita boleh lebih bersyukur dengan apa yang kita ad sekarang. Okey. stop. Aku nk kena stadi. Raye raye jugak, exam jangan lupeee. he. Bye!




Saturday, November 6, 2010



Haaaaaa. Tu diaaaa.yeh-big-nose-geek Stadi kuyam jangan tak stadi. Hehehe. Gambar je lebih, stadi hampeh. -.-' shyNi gambar pegi stadi kemaren kat 24hour room. Ingatkan nk g libry. Semangat dh berkobar-kobar nk stadi pagi tu. Tak hengat pulak hari Diwali.onion-head-emoticon-3 Terpaksa la pegi 24 hou room jah. 24 hour room 24 hour room lahh. Heeee. Pastu petang sket apies ngan dora pulak ajak makan. Nak stadi ke nak makan? Nak stadi ke nak makan.? Duk pikir pikir! what-question-markHaishhh. Makan makan ni lemah sket. G slaluuuuuu! HAHAHA. onion-head-emoticon-13Tergendala la hasrat nak stadi.. Stadi pagi tu je sket. Adoi.. Banyak sungguh dugaan menimpa.154218d4 Kahkahkah. Kuyam kuyam. Ok la. Nak pegi libry la ni. Bye !

Tuesday, November 2, 2010

Hujan

Harini hujan. Kalau hujan kita buat apa ye kawan kawan?3c68bb64 Haaaaaa. Tido laaaa kan? Tapi, arini hujan. Tapi tak tidur pun. Segar semacam je. Mungkin semalam pakai "Super Kino" semalaman kot. Sebab tu hari ni segar sampai tak tido walaupun hujan. Heeeee. Tak tau ape tu Super Kino? Apadaaaa. Super Kino ni, plaster yg kita tampal kat kaki, kena pakai 8 jam. Kaki akan menjadi lemas lemas manje gitewww. Then, ianya akan mengeluarkan sebanyak mungkin toksik yang ada pada badan kita melalui super kino tu la yee. Beli la. Kat Cosway ad. Rm54.90 untuk 12pcs. HAHA.heheh Siap promote cosway lagi. Haiyoo. Harini aku buat homework Academic Writing Skills. Susah la. Banyak la assignment AWS ni. Okey. AWS tu Academic Writing skills la ye. Hee. Hmmm. Assignment + Essay + Presentation mmg banyak untuk subject ni. Lecturer untuk subject ni sangat baik, tapi diberinya kerja sekolah yang bertimbun timbun tak cukup tangan wa cakap lu. Tapi takpe la. Name pun pelajar kan? Okey. Siap keje sekolah. Lepas tu tengok cite tajuk dia dh lupa la. Okey la, not bad. Pastu merayau rayau kat facebook, tumblr.onion-head-emoticon-15 Bosan. Hari hari bosan. i m deadRindu la pulak nk pegi kelas Dr. Siti. Heeee. Harini seharian di bilik. Tak kuar mana mana. Makan pun Ah tolong belikan. Terima kaseh Ah :)sesameemoticon

Musim tengkujuh = Musim tidoonion-head-emoticon-1onion-head-emoticon-10. Final Exam dh dekatgreenscarfemoticon. Haiyooo. Jangan salahkan aku kalau tertido. Sebab hujan aku jadi mengantuk. Heeee.

Thursday, October 28, 2010

Final.Exam.


Final Exam.

Thursday. 11/11/2010 = Academic Writing Skills

Thursday. 25/11/2010 = Aquatic Ecology

Wednesday. 1/12/2010 = Aquatic Botany


**********Wish me luck folks!*****************



tengkunongmariam

Tuesday, September 21, 2010

pelekat kenderaan.
















setelah sekian lama ku tunggu. akhirnya dpt jugak aku pelekat umt. susah gile kot nk dpt. haishh. first year student memang tidak dibenarkan membawa kenderaan dalam campus! Tapi aku try la apply guna id lama aku. tup tup diluluskan. heeeee.

aku pun pergi la ke pejabat keselamatan. Kat kaunter ;

mak guard : ye dik?

Aku : ummmm. Nak mintak stiker (smbil senyum senyum kucing )hehe

mak guard : tahun keberapa?

Aku : (Takut nak jawab) errrrr. tahun ke... Errrr tiggg..(mula mula niat nk menipu tahun ketiga) ehhh, first year. (tapi takutnya terkantoi terpaksa bercakap benar) hehehehe

Mak guard : ehhh, first year xle bawak kereta la dik.

Aku : Tapi pemohonan sy tu lulus.

Pegawai keselamatan (PK) kat situ pun menyampukkkk.

Haaa. Awak smbung belajar ke?

Aku : Aah. sy smbung belajar.

PK : Okey. kalau smbung belajar boleh bawa kereta.

(dalam hati) Yabedabedu.

PK : Awk ni bukan first year dh ni, forth year dh kat sini ni. hehehe

Yeayyy. Alhamdulillah :))