Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Tuesday, December 23, 2014

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik dah nk sbulan ad kat negara matahari terbit ni. Anak anak smua suka makan sejak sampai sini. Maybe sebab perubahan cuaca kot. Auni dh nampak tembam balik dh. Aritu kurus macam xckup zat je. Kesian tengok.  Auni tido je xmakan. Asal celik mata je carik makanan. Hahahaha. Adoila anak.

Cuaca kat sini sejuk sangat. Almaklumla dah masuk fuyu (musim sejuk). Mula2 sampai ambik makko terus -1 darjah celcius. Mmgla terkejut mak kiah dan anak anak.  Bag smua banyak gila sampai kena tambah kilo kat klia2. Gila byk bawak makanan. Hahaha. Nasib baik
Umi ad teman. Kalau x xtau aku nk bawak macam mana barang2 ngan budak bertuah dua orang tu.

Sampai sampai kat imigresen paling cuak skali. Takut jugak makanan kena rampas. Ape tak nya. Macam macam ad. Tapi masih menjadi rezeki ku sbb imigresen xbukak bag semua. Hehehe.

Kluar je gate nampak muka ibrahim mohsen ngan kawan dia tgu kat lua. Hehe. Sampai sampai terus ajak pegi outlet beli kasut untuk budak bertuah dua orang tu.  Aku xdapek pape pun. Tgk jela ye labu. Hahahaha.

Seminggu pertama asyik jalan je sbb umi stay seminggu je kat sini.  Pergi tengok fujisan, pastu carikan umi omiyage untuk rakyat malaysia (over) hahaha. Pastu kononnye nk tgk masjid turki satu satunya masjid yang ada kubah kat tokyo. Last2 tutup. Hahahahaa. Ksian umi xdapek nak nolong dah. Kalau dari rumah kami ke tokyo tu makan mase lebih kurang sejam gak.

Aku rindu jepun. Rindu budaya dan rindu persekitarannya yang aman. Hahahaha. Okay. Rindu dah terubat sekarang. Duduklah sampai puas ye kuyam.

Next entry nk cita pasal booking hospital utk deliver. Bye!!

Tuesday, November 25, 2014

Berkulat

Assalamualaikum wbt.

Wahhhh lame betoi xmeloya buruk disini. Dah nk masuk 3tahun rupanya kita xbukak blog ni. Mmg bersawang dah. Dan bukan stakat bersawang. Nampak macam dh tumbuh kulat kulat kat sini. Hihi.
Sebenarnya selepas teknologi makin canggih ni kita makin kurang nk berblog tapi harini rase gatal tangan nk main taip taip. Tu pun guna phone je. (Tak puas sbb screen kecik) laptop kita dh jadi girlfren ibrahim mohsen dh. Hehehe.

Sebenarnya dalam 3 tahun kita tinggal blog kita ni, kita dah ad dua org anak. Dua dua pun perempuan. Hehehe. Dan sekarang on the way yang ketiga. Harap harap baik baik saja. Betapa lamenye kita tak buka blog sampai anak pun dh nk masuk tiga kauuu. Hahahha :p

Ade banyak lagi kita nk cita ni tapi kita nk kluar jap sbb byk benda nk kne setel. Nnt ada masa kita sambung loya buruk kita lagi ok. :D