Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Thursday, January 20, 2011

al-fatihah

20/01/2010

Pukul 7.30 pagi, arwah baba mintak aku picitkan belakang dia. Dia cakap kne angin. Dia cakap, "mu sorang je picit aku rasa, sedap mu picit, orang lain picit dok jadi" ;')

Pukul 7.40 pagi, dia pegi beli makanan pagi. Aku ingat lagi, nasi minyak yang dia beli pagi tu. Sedap sgt ;')

Pukul 8 pagi, arwah baba hantar aku pegi keje (praktikal kat SEAFDEC)

Pukul 10 pagi dia mengadu sakit perut.

Pukul 1 tengahari aku lalu depan rumah sebab nak pegi UMT nak amek transkrip sementara, nampak kereta arwah baba ada kat tengah jalan depan umah.

Pukul 5 petang balik keje. Hajat dihati nak pegi ke KT nak beli barang barang untuk pegi sampling. Tapi tak jadi sebab aku sakit kepala.

Pukul 5.10 petang arwah suh aku makan nasi goreng ayam. Dia beli sebungkus je, dia tak habis makan, dia bg kat aku suh abiskan.

Pukul 5.20 petang, arwah mintak aku picitkan dia lagi. Sebab angin dia dtg lagi. Aku picit. Walaupun aku paling tak suka picit orang, aku tak tau kenapa waktu tu aku langsung tak membantah ckp dia.

Pukul 5.30 petang, aku masuk bilik sebab nk tidur sebab dari tengahari td masa pegi umt lagi aku sakit kepala.

Pukul 7 petang, arwah kejutkan aku. ketuk pintu bilik aku. Suruh aku bangun.

Pukul 7.03 petang, aku dengar adik aku jerit jerit sayu sangat..... Aku terus bangunnnnn! belari keluar bilik. Ajar arwah mengucap. Melompat2 aku call sedara mara, call ambulans. Semua orang panik waktu tu. Hmmmm.

Pukul 7.09 petang, arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Pukul 7.30 petang, ambulans sampai, tapi doktor sahkan dia dah tiada.

Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya masa berlalu. Hmmmmmmm.


AL-FATIHAH
Sempena memperingati kembalinya ke rahmatullah

ALLAHYARHAM TENGKU HAJI ABDULLAH TENGKU HAJI AWANG

Lahir pada Hari Jumaat, 25 Jun 1937M
Bersamaan 15 Rabiul Akhir 1356H
Meninggal Pada Hari Rabu, 20 Januari 2010M
Bersamaan 4 Safar 1431H

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas rohnya dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Amin, Ya Rabbal Alamin .

No comments: