Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (2) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Friday, November 4, 2011

Dah lame rasenya tak hapdate kat blog. Dah semak dh blog ni. sbb xde mase nk berblog pun. sejak sem 3 ni, busy je manjang. bayangkan hari hari ad lab. so, maknenye sekarang setiap hari perlu ada report yang tertangguh. yang perlu disetel before lab lab yang seterusnya minggu berikutnya. macam mana tak penatkan? Sekarang usia kandungan aku dah menjangkauuuu 33 minggu. waduh waduh. dah tak lama dah ni. lagi 7 minggu. kluk klak kluk klak dh abis seminggu. masa sgt pantas skrg. aku ni pulak dh start nerves dh ni. macam mana la ye? haihhh. =.='

Baby selalu je tendang tendang. haritu banyak hari jugak dia tendang tendang time subuh. tapi skrg dh tak tendang dh. dia dh tukar mase dh kot. teeeheee. terima kasih syg kejutkan mama sembahyang subuh, nnt baby keluar tgk dunia, jadi anak soleh/solehah yea. Amin.

Balik umah ni, ingat nk rehat rehat je sbb dah duduk kat u, susah sgt nk rehat. dengan tak cukup tido lagi sebab nk kena siapkan report. test lagi. hmmmm. Ibrahim Mohsen balik bulan 12. Nak tengok anak dia la. Tapi sempat ke tak Ibrahim Mohsen sampai sebelum baby dia lahir? Sebab due date aku 21/12/2011. Tapi flight Ibrahim Mohsen dr Japan, 26/12/2011. Busuk busuk boleh sampai Terengganu 27/12/2011. Hmmm. Harap harap sempat Ibrahim Mohsen azankan sendiri anak sulungnya ni. Ya Allah, izinkan suamiku sampai sebelum aku melahirkan baby dia ni supaya dia dapat azankan sendiri ke telinga anaknya. Amin :)