Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Meragam

Orang kata kalau mengandung, kita mengidam nk makan tu, nk makan ni kan? Hihi. Ibrahim Mohsen kate aku mengidam nak pergi USJ. Muehehe. Kadang-kadang perangai jadi pelik-pelik je. Nak marah, nangis banyakkkk sangat. Ibrahim Mohsen jadi mangsa keadaan. Terima kasih mangsaku. Hihi. Bukan sengaja. Hmmmm. Orang kata, kalau orang tu org yang kita sayang, lagi laa. Asyik nak marah dia je. Hoho. Mmg pun. Aku pun tak faham kenapa asyik gaduh je aritu. Sebab tu kot. Pastu pasal penat jalan-jalan. Selama aku hidup ni, aku tak penah kenal penat kalau jalan-jalan. HAHA. Tapi, aku rase penat sangat time jalan-jalan kat Osaka aritu. Sampai nak nangis ase. Hukhukhuk. Sepupu aku kate, kalau penat sangat tak elok untuk kandungan kite. Haaaaa. Aritu aku penat gile kot. Mmg nk nangis. Papepun, terima kasih hubby tercinta sbb merealisasikan segala keinginan saya sepanjang berada disana. Lucky me dapat awak. Wiwit.


Pastu kan, td aku pegi klinik, dengar dengupan jantung baby. Kuat sangat bunyi dia. Dup dup dup dup dup. Heeeeee. Pastu kne cucuk. Sakit. Lenguh ase lengan. Huuuu. Baby mama gerak gerak banyak kali sangat arini. Mama letok hp atas perut bergerak-gerak hp mama baby buat kan? Main apa dalam sane? Rindu ayah ye? Hihi :D

Friday, June 17, 2011

Pejam celik pejam celik. Dah genap sebulan aku kat negara matahari terbit ni. Haritu masa mula mula smpai sebulan yang lepas, flight nak pergi tempat Ibrahim Mohsen pukul 7.45 pagi tapi pukul 5 pagi aku dah kne bangun nak naik shuttle bus pergi terminal 2 (domestik punya terminal). Time tu aku di International terminal. Pukul 5 pagi aku bangun, kluar nak tgu shuttle bus, terkenjut aku pukul 5 macam pukul 8.30 pagi kat Malaysia. hahahaha. Hmmm. Masaku sayang, please berlalu selow selow. Sebab aku nak berada lama disini bersama suami tercinta. hihi. Please please. I'm begging you love. Tapi hari ni aku puasa, so, arini cepat2 la petang hihi. Hari esok pun dengan lusa. Lepas tu sila pergi lambat lambat lagi.

Tuesday, January 11, 2011

Class dh banyak yang dh start....

Biostatistik : Okey la. Lecturer tu nama dia Dr Wan Muhammad Amir. Dia macam penah ajar aku time diploma dulu. Taktau la awal-awal je okey. Lame lame nanti keyo. muahah. Mintak mintak okey je smpai final nnt. Blaja ni kne byk ingat rumus. Tu yang pening lemah longlai sgt tu, =.='

Public speaking : Lecturer tu pun okey. Madam Rosyati. Class dia start semalam. 10.01.2011. Pkul 8 malam smpai 10 malam =.='. Masuk masuk class terus ada test. Ujian pemikiran kritis. Sangat pening soalan soalan dia. Hadoooo =.=' Pastu terus kne buat essay. Dlm masa 2 jam tu, kne jawab test 71 soalan dengan buat essay 350 patah perkataan skali dengan outline. Sangat mencabar minda. Muahahaha

Nihongo 1 : Baru je 1st class yang bincang bincang pasal kelas sebab takut clash dengan class lain. Class ni pun malam jugak. Hari Khamis 8 malam smpai 10 malam =.=' Sensei yang ajar Nihongo ni nama dia Madam Roswati. Maybe dia ni adik beradik ngan Madam Rosyati yang ajar aku public speaking sebab Nama ayah mereka sama dan bilik mereka pun dekat dekat je. muahaha. Rase2 je. Tapi betul kot, Hmmmm taktau lah.

Bioteknologi Akuakultur : Class ni tak start lagi. arini pun class ni batal. Maybe next week baru start kot. huuuu :D Dr Asma yang ajar. Tak penah pun lagi jumpa dia sebab class tak start ag. hihi.

Pemakanan : Tak tau boleh add tak subjek ni utk sem ni. Dr Hamid Khoda macam takmau amek. Huuuuu kuota macam dh penuh sbb bercampur ngan budak Food Sc. ngan budak Akua. adoiiii. Dah la subjek ni dh amek masa dip dulu. Pastu Tak boleh drop. Sepatutnya boleh drop sbb dapat B. Tapi kne amek smula, alasan apa pun tak pasti! pelik betui. Haishhhh. =.='

Sekian. Wassalam ;)

Monday, November 29, 2010






Bagi aku, perokok adalah syaitan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kasarnya. Kenapa aku berkata begitu? Sebabnya, orang isap rokok ni kan, dia langsung tak fikir orang yang duk sedut asap rokok dia tu. Suka ati dia je isap pastu asap rokok tu dihidu oleh manusia manusia yang tak bersalah, contohnya aku.

Situasi...

Aku pegi makan kat kedai alsyakirin, Gong Badak. Ada la kapel ni duduk sebelah meja aku, si bf dia ni duk isap rokok pastu suh gf dia duk belah yang tak kena asap rokok, pastu asap rokok dibawa oleh angin singgah di lubang hidungku. Haish. Geram la aku. Tak malu betul, nk isap rokok tu, isap la sorang sorang, hidu la sorang sorang. Dengan gf, pandai pulak suruh gf pindah tempat. Aku ni? Aku insan yang tak berdosa duk hidu asap rokok kau! Aku pun pandang dia, pastu buat buat batuk tutup hidung. Pastu gf dia pun mcm ckp la, ksian budak tu tu duk sedut asap rokok awk. Dia pun pegi la kat tempat parking kete, isap kat sane lak.



Nak sakit, sakit la sorang sorang, ni nak ajak orang lain sakit skali.

Begitu jugak syaitan, dia dh tahu dh dia akan masuk neraka nanti, so, dia pun hasut menghasut anak anak adam nk suh masuk neraka jahanam sekali ngan dia. Syaitan saje melalaikan kita so, nanti dia pun ada la peneman masuk neraka bersama sama ngan dia.

Macam rokok jugak. Perokok ni dia isap rokok, dia nk org lain pun sakit macam dia jugak, sebab tu dia isap rokok tanpa melihat kiri kanan. hihi

Begitu la perumpamaannya. So, Bagi perokok-perokok sekelian, sedarlah. Rokok ni tak bagus untuk kesihatan. Dah la tak bagus, buang duit pulak tu duk beli rokok. Rokok kalau murah xpe gak. Ni mahal macam..... haishhh.


Banyak kesan yang tak baik untuk perokok. Kalau tak caye, bace ni haaaa

Merokok tak salah, tu hak masing masing, tapi tolong prihatin ngan orang sekeliling anda yea. sekian :)

Wednesday, November 17, 2010

Eid al-adha.

hari ni raya. baru pas makan nasi dagang. blurrrpppp. Alhamdulillah. heee. arini bangun lewat tak sempat nk pegi smayang raya. hmmmm :( ape nk jadi la kuyam? kenyang. Tapi xlengkap rasenye beraya tanpa semayang raya. Kan? Dulu, xpernah skali pun pergi smayang raya. 1st time pergi smayang raya masa raya aidilfitri baru baru ni kat masjid putih. Tu pun terlambat dh. Nasib baik ad tempat lagi. Petang semalam pergi kubur baba kat masjid putih. Dah ade dapur dh. Alhamdulillah. Sayu rase pegi ke kubur. Fikirr.... Setiap yang hidup pasti akan mati. Tapi amal masih belum cukup untuk ke sana. Macam mana kalau tiba tiba Allah swt nk ambil balik jasad yang dia kasi pinjam untuk sementara je ni? Takut kan? Macam mana la kalau mati katak. macam mana kalau mati eksiden tapi pakai seksi seksi, rambut di"dye", kuku diwarna. Fuhhh tak terbayang rasanya. wahhhh. Takut takut. Nauzubillah. mintak2 jauh la sbb kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita pada masa akan datang kan? Dr freehair boleh pakai tudung, dari pakai tudung, boleh freehair pulak. Hmmm. Ya Allah Ya Tuhanku, matikanlah aku dalam keimanan. Jauhilah aku dari malapetaka. Amin.

Eh eh, tajuk pasal raya haji. Tapi duk cakap pasal mati lak. :D sebenarnya tak kesah la yang mana mana pun. Cuma teringat je pergi ke kubur semalam. Hmmm. Sebak rasenye setiap kali ke sana. Rindu BABA :') Kepada semua umat islam seluruh dunia, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

Tuesday, November 2, 2010

Hujan

Harini hujan. Kalau hujan kita buat apa ye kawan kawan?3c68bb64 Haaaaaa. Tido laaaa kan? Tapi, arini hujan. Tapi tak tidur pun. Segar semacam je. Mungkin semalam pakai "Super Kino" semalaman kot. Sebab tu hari ni segar sampai tak tido walaupun hujan. Heeeee. Tak tau ape tu Super Kino? Apadaaaa. Super Kino ni, plaster yg kita tampal kat kaki, kena pakai 8 jam. Kaki akan menjadi lemas lemas manje gitewww. Then, ianya akan mengeluarkan sebanyak mungkin toksik yang ada pada badan kita melalui super kino tu la yee. Beli la. Kat Cosway ad. Rm54.90 untuk 12pcs. HAHA.heheh Siap promote cosway lagi. Haiyoo. Harini aku buat homework Academic Writing Skills. Susah la. Banyak la assignment AWS ni. Okey. AWS tu Academic Writing skills la ye. Hee. Hmmm. Assignment + Essay + Presentation mmg banyak untuk subject ni. Lecturer untuk subject ni sangat baik, tapi diberinya kerja sekolah yang bertimbun timbun tak cukup tangan wa cakap lu. Tapi takpe la. Name pun pelajar kan? Okey. Siap keje sekolah. Lepas tu tengok cite tajuk dia dh lupa la. Okey la, not bad. Pastu merayau rayau kat facebook, tumblr.onion-head-emoticon-15 Bosan. Hari hari bosan. i m deadRindu la pulak nk pegi kelas Dr. Siti. Heeee. Harini seharian di bilik. Tak kuar mana mana. Makan pun Ah tolong belikan. Terima kaseh Ah :)sesameemoticon

Musim tengkujuh = Musim tidoonion-head-emoticon-1onion-head-emoticon-10. Final Exam dh dekatgreenscarfemoticon. Haiyooo. Jangan salahkan aku kalau tertido. Sebab hujan aku jadi mengantuk. Heeee.

Monday, July 19, 2010

apakah perasaan ini?

Tak tau nak describe macam mana. Tapi bercampur baur. Semua perasaan tak best.

Rindu
Bosan
Keliru
Takut
Resah
Bimbang

Rindu awak. Sehari takjumpa macam sebulan dh rase tak jumpa. Hehe. Tapi seriously! Rindu sgt. Pelik! Maybe sebab bosan kot. Hmm

Bosannya duk kat ostel sorang sorang macam ni. Tak tau nak buat apa. Ibrahim mohsen tak dapat dikesan. Msg tak berbalas. katanya nk kluar makan tadi. ummm. Kemana awak?

Keliru. Apa yang aku sedang fikirkan sebenarnya?

Takut rasanya hadapi waktu waktu akan datang. Sayang semua yang dh ada hari ni. Tak mahu hilang.

Kenapa rasa resah? Bimbang? Hmmmm. Tak semayang isyak lagi kot? Sebab tu rase macam tak tenteram :(

Anyone? Boleh hiburkan saya x? Saya perlukan seseorang. Mahu cakap cakap =(

Naimah, I miss you. Macam lame xjumpa mu. Bile cuti?


p/s : Dh taip taip, baru la msg sang gemok ni msuk. Lamaaaanyaaa keluar makan =_='

Bosan. Sekian....

Friday, June 25, 2010

baba



baba. Dia adalah seorang datuk yang penyayang, sangat supportive, caring, gila-gila, ceria. He's One in zillion. Boleh bercerita apa saja ngan dia. Baik dengan semua orang. Sangat prihatin. Sangat mudah simpati dengan orang orang susah. Dia sanggup bersusah payah nak tolong orang lain yang lebih susah :') Tanggal 20 Januari 2010, dia pergi meninggalkan kami. Allah telah mengutuskan malaikat izrail untuk membawanya 'pergi'. Suasana hiba, pilu, resah, gundah gulana bermain-main pada setiap orang yang datang melawat. Sangat perit untuk aku menerima kenyataan itu. Tetapi apakan daya, yang hidup pastinya akan pergi. Rindu dia. Terasa bagaikan dia masih ada.

Semoga dia selamat disana. InsyaAllah :)

.al-fatihah.

Saturday, June 19, 2010

penat .

wahhhh. tiga hari aku kat setiu. dah la internet lembab macam kura-kura. tension gilaa

penat.
sakit perut.
tak bermaya.
tak cukup tidur.

tu je aku boleh cakap.
sebab.

aku ditugaskan untuk menjadi urusetia kem kepimpinan pengawas, sekolah agama khairiah.
macam macam ragam budak-budak skolah ni. haishhh.
tapi.

aku enjoy. budak2 ni macam best jugak la. sebab diorang semua perempuan. jadi takde la nk control-control. smua main terjahhhh je. klaka pun ad. heeee

katsane aku xde la buat keje banyak sangat. tapi makan tu banyak la. hehehe. tapi disebabkan dah lame tak handle program-program macam ni, aku jadi penat. dalam dewan kuliah, tertido tersengguk2. kiki. sorry yea fasi :)

okey. adik adik skolah khairiah, blaja rajin rajin k! hehe dengar cakap warden. jangan degil ngat. haipppp!




Wednesday, June 16, 2010

hidup tak selalu nya indah kan?
adakala kita akan menangis. menangis menangis menangis.

kenapa hidup perlu ada ketika nya ia indah dan ada ketikanya ia berubah sebaliknya?
kerana...

dalam hidup, kalau indah je, kita takkan kenal rasa sedih, hiba, duka.
kan?

Kenapa perlu rasa perasaan itu?
Sebab...

Allah nak kita menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi pelbagai dugaan. Dan Dia akan menguji kita dengan perasaan-perasaan yang sedemikian.

Cinta?
Cinta dunia tidak menjanjikan kebahagian di akhir sana.

Cinta Sempurna adalah cinta kepada Illahi.

Kadang-kadang kita terlalai. Terlampau mengagung-agungkan cinta dunia.

Manusia berubah sekelip mata. Aku pun berubah.

Aku tidak menunding jari ke arah sesiapa kerana aku tau, diriku juga begitu.

Semoga apa-apa yang berlaku dimasa mendatang, membuatkan aku tabah menghadapinya. InsyaAllah :)

Wednesday, June 2, 2010

Please..

Gv me some space. I nvr thought anythng. I nvr wnt to end up our frenship. But, Pls thnk dply bfore you talk somthng tht rlated wth someone's dignity. Ppl lies. I knw. So do i. But, I nvr talking shit about yours. I knw everythng abt you. You told me everythng. Don't you? The whole of your fmly knw abt us! Wht a shame. Im failed. I nvr learn hw to be a gd friend. Im sry.

Tuesday, June 1, 2010

Should i trust you?



It breaks my heart; it makes me sad to think of all the times we had. You made me laugh and you made me cry. And all that I can do is sigh and wonder why.

Ujian dari-Nya

Hari hari berlalu pantas.
Sedar tak sedar. Aku sudah pun menjadi "wanita". Bukan lagi budak perempuan yang berlari berkejaran di taman permainan, bermain buaian bersama rakan-rakan sebayanya. Kini, Aku perlu memikirkan masalah aku sendiri, masalah keluarga, masalah kawan-kawan ku, dll. Indahnya zaman kanak-kanak. Hanya tahu bermain, tiada masalah, semua ditentukan oleh keluarga, kawan-kawan pun setia bermain dan setia membantu. Tiada pengkhianatan antara satu sama lain.


Dah lama tak update blog. Emmm, lama ke? Lama jugak laa.


Ujian datang menimpa diri. Satu per satu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau tidak akan memberi ujian diluar batas kemampuanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
Terima Kasih Ya Allah. Akan ku hadapi ujian dan cabaran yang telah tertulis sejak azali lagi.


Semoga aku kuat untuk menempuhi segalannya. Amin.

Friday, May 7, 2010

the beautiful lesson =)

Hi!


the story began withhhhh :P hari hari sy ngan ibrhmmhsn gadoh. xtahu la knp. slalu sangat gaduh! :(( pastu last night sy ty la dia. knp kita slalu gadohhhhh je manjang? sbb sy ad terbaca kat blog kawan skolah rendah sy dulu. dia break-up ngan bf dia sbb dia rase mcm xserasi. dia ckp lagi, better dia break-up sebelum dia menangis kemudian hari. lebih kurang macam tu la ceritanyaaa.

saya pun bagitau la kat ibrhmmhsn.

saya : Kita xserasi ke wak?

ibrhmmhsn : Saya tau kita slalu gadoh. tapi awk rs sbb apa? sy xrasa pun kita xserasi. sbb nk cari pasangan hidup ni xperlu la ada minat yang sama atau pun cara hidup yang sama. Apa yang awk elok sy ikut dan apa yang saya elok awk ikut.


----------------------------------------------------------

Contoh I :

Dia jenis malas nk smayang, saya jenis yang jaga smyg. So, sy akan ckp kat dia... " smyg laaa, jangan xsmyg! "

Then,

Dia jenis rajin study. saya malas study. Dia pun akan ckp kat sy.... " Awk jangan malas malas nk study! kne rajin macam sy ni haaaa " ewahhh ewahhh :PP

So,

kalau dh dua dua ad positif && negatif nyaaa. dua dua akan menjadi lebih elok laaa kan? :))

----------------------------------------------------------

Saya ngan dia bukan gaduh sbb sy ad boy laen ke dia ad scandal laen ke. yang tu mmg mintak jauh laaa. Kitorang gaduh sbnrnya sbb dua dua dalam proses nk terima gaya hidup yang berlainan. We are veryyyyyyy veryyyy the different!


Kalau sy, nak cari laki yang sekepala, mmg sehati sejiwa, perangai sama ngan sy. mmg xjadi keje laaaa. mmg kitorang akan xnampak kesalahan masing-masing.

Contoh II :

Kalau ad sepasang kekasih ni, mmg satu kepala. dia minum arak, gf pun minum arak sama sama...
Then, sapa nk pegi tgur sapa? mmg xde org nk tgur la kan? dh dua dua satu kepala! mmg comfirm la mereka bahagiaaaaa, xgaduh gaduh sbb mereka satu kepala! SERASI!

Tapi! bak kata ibrhmmhsn, itu untuk kebahagian dunia sahaja. Ianya tidak menjanjikan kebahagian akhirat :)


So disini,

The conclusion is :

We need each other. kami xnampak tapi itulah kenyataan nyaaa :) serasi itu subjektif. Dan perumpamaannya ...

macam sy, sgt sgt addicted dengan game dalam fb. haha cafe world. mula-mula sangat janggal. xpandai main langsung game tu. Tapi dh lame main, dh banyak benda sy explore, dh macam tu, macam tu, dah macam ni, macam ni pulakkk :)


Lama- lama....

Baru laaa sy serasi dengan game tu, dan sekarang dh mencecah ke level 50 lebih dan lebihhh heee :)

begitu jugak dengan sy dan ibrhmmhsn.. mula-mula xknl pun, pastu explore, saya xsuke ni, dia xsuke tuuu... sy suke ni dan dia suke tu... pastu explore lagi lagi dan lagii.

Lama-lama....
Okey laa. bahagia. ke jinjang pelamin. heee :) InsyaAllah Amin~


Tuesday, May 4, 2010

:(

not feeling well.


------------------------------------------------------------------------------------

sekian. wasalam
=_='