Aku sesal dengan perbuatan aku. Tapi apa kan daya ku. Semuanya tidak bisa diputar kembali. Sudah terlambat untuk menyesal segala nya. Mungkin waktu itu diriku belum cukup matang untuk bertindak matang.
Semoga ianya menjadi pengajaran untuk hidup aku. Semoga aku lebih matang untuk menjalani liku liku kehidupanku sekarang. Semua buat silap. Kenapa kebahagian yang kita lalui selama ini, engkau memilih untuk melihat derita yang secalit itu? Maafkan aku duhai manusia. Aku juga manusia biasa yang hina. Yang sangat dahagakan kemaafan dari Yang Maha Esa. Maafkan aku duhai Manusia yang pernah aku lukakan. Binasakan. Maafkan aku. Mulai saat ini aku memilih untuk memaafkan sesiapa sahaja yang aku sakiti, memilih untuk tidak lagi bersangka buruk, semoga aku terus istiqamah. Semoga Tuhan selalu denganku. Aminn.
Wednesday, May 18, 2016
Monday, September 7, 2015
Bersalin di jepun part 2
Kenapa czer? Aritu bukan dh bersalin normal ke?
Macam ni cite dia, kat jepun ni memang prosedur dia, once ko dh pernah bersalin cara czer, anak kedua ketiga sampai kesepuluh sekalipun akan czer jugak. Itu memang law kat sini. Aku dh pergi 3 hospital semua xnk buat normal. Semua ckp xnal tanggung risiko. Dh ko nk sgt bersalin kat jepun kan? Ikut ajelah. Hehehe. Perumpamaannya macam ko pergi umah kawan ko, dia cakap xboleh merokok dalam rumah. Takkan ko nk merokok jugak kan? Tu namenye xfaham bahasa. Lol.
Yang bestnya, masa mula2 sampai untuk booking hospital, doc laki then doc tu tanya awak islam kan? Awak nk doc perempuan kan? Okay. Dia kasi aku schedule doc perempuan so aku boleh pilih nk dtg hari yg kena dgn doc perempuan. Alhamdulillah.
Disebabkan aku czer, diorg suh aku ddtg appoinment untuk terangkan mcm mana dan keadaan bilik apa perlu buat dll. Dia bgtau pakar bius kat hospital ni lelaki. To dia akan cuba dapatkan pakar bius perempuan untuk aku. Kalau xde jugak barulah pakar laki jugak.
And Alhamdulillah semua dalam op room perempuan. Diorang memang bersungguh sungguh nk dpatkan doc perempuan untuk aku.
Walaupun hospital awam je, layanan tetap 5 bintang. Dh la layan bagus free of charge pulak. Makanan pun semua berkhasiat. Alhamdulillah dpt merasa bersalin di negara orang.
Kalau kat malaysia, nak layanan best pergi hospital swasta la. Sebab bayar mahal boleh la nk layan macam raja kan? Hehe. Sebab aku dh dua kali merasa bersalin di hospital kerajaan malaysia, dua kali jugakla ada pengalaman di"sound" misi. Just saying dude 😊
Thursday, March 12, 2015
Bersalin di jepun part 1
Assalamualaikum wbt
Hari ni nak share cite pasal bersalin kat negara matahari terbit ni. Sementara masih diberi kekuatan ingatan nk menaip pasal pengalaman ni. Baiklah kita share nanti dh lupa almaklumla dh meningkat satu angka usia ni kan. Makin banyak la benda yang lupa. Heheheee.
Berbalik kepada tujuan pos ni, biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dan tersemat disini supaya anak anak cucu cicit ku nanti bercerita pasal pengalaman nenek dia ni kan hahaha. Adalaaa benda nk dicerita nantikan. Hmmm. Maklumla nenek dh modern hehee.
Tanggal 2March 2015, lebih kurang pukul 930 pagi kitorang bergerak ke hospital. Appoinment pukul 10pagi. Perjalanan untuk sampai ke hospital lebih kurang 20minit. Sesampai dihospital setel semua borang dalam pukul 1015 mcm tu bergegas ke delivery ward. Ade nurse ni sambut kitorang and tunjuk bilik yg akan aku duduk selama semalam disitu. Lepas semalam kena pindah ward biasa.
Ward biasa kat hospital ni 4org sebilik. Xdela crowded mcm hospital kat malaysia. Operation akan dilakukan pukul 2 ptg. Sempatla aku sembahyang zohor. Asar dh xsempat sbb asar masuk pukul 3 lebih waktu jepun. Nurse td siap2 masukkan air pastu smyg zohor aku tak ingat nk bawak telekung smayang. Aku pakai baju kelawar buat smayang. Nurse tu masuk tgk and tanya pasal apa aku pakai baju tu. Aku ckp aku smyg oooooooo dia ber oooo ngan aku. Hehe. Pastu dia ty aku nervous ke tak? Aku cakap nervous. Dia cuba tenangkan aku. Dia cakap sy tahu perasaan awak sbb sy pun pernah bersalin di mynmar sbb suami saya orang myanmar. Hehehe. Nasibla nurse tu pandai gak spiking london. Nama nurse tu kawai-san. Nama pun dh comel ehehe
Jam dh nk dekat pukul 2. Takutnya Allah je tau perasaan tu. Nk kne bedah kottt huhuhu. Kawai-san dtg lagi kali ni dh ajak masuk operation theatre. Ibrahim mohsen hantar sampai pintu operation theatre. Mintak maaf ngan mami ngan ibrahim mohsen. Takut dh xjumpa kan ? Huhuhu.
Semua kat dalam OT tu nurse doc perempuan. Diorang dh siapkan untuk aku doc perempuan sebab dia tahu org islm mesti nk perempuan. Bagus betul. Hehe. Pakar bius start bius dh. Aku disuruhnya duduk merengkok macam kucing kesejukan. Dh kebas semua nurse ckp ok. Dh nk start. Start je terus toreh perut. Waaaaaaa yang paling seram skali bila aku nampak diorang toreh perut aku. Huhuuu. Seram weh. Sampai baby kluar aku nampak mcm mana diorang robek2 perut semua. Once baby kluar je semua cakap omedetou!!! Hehehe. Dan time tu aku dgr diorang pasang lagu happy birthday to youuu! Hahaa.
Setel je jahit semua aku dihantar kt bilik aku td. Malam tu, ubat bius dh hilang. Berdenyut2 kesakitan aku rs. Dua kali aku mintak pain killer. Yg cecair punya. Mmg efek. Hmmmm. Pastu semalaman aku tak boleh tidur akibat kesakitan yang melampau. Huhu. Sayangilah ibu anda kerana kesakitan yang ditanggung melahirkan anak anak tidak dot diungkap dengan kata kata.
Bersambung

Tuesday, December 23, 2014
Assalamualaikum wbt.
Pejam celik pejam celik dah nk sbulan ad kat negara matahari terbit ni. Anak anak smua suka makan sejak sampai sini. Maybe sebab perubahan cuaca kot. Auni dh nampak tembam balik dh. Aritu kurus macam xckup zat je. Kesian tengok. Auni tido je xmakan. Asal celik mata je carik makanan. Hahahaha. Adoila anak.
Cuaca kat sini sejuk sangat. Almaklumla dah masuk fuyu (musim sejuk). Mula2 sampai ambik makko terus -1 darjah celcius. Mmgla terkejut mak kiah dan anak anak. Bag smua banyak gila sampai kena tambah kilo kat klia2. Gila byk bawak makanan. Hahaha. Nasib baik
Umi ad teman. Kalau x xtau aku nk bawak macam mana barang2 ngan budak bertuah dua orang tu.
Sampai sampai kat imigresen paling cuak skali. Takut jugak makanan kena rampas. Ape tak nya. Macam macam ad. Tapi masih menjadi rezeki ku sbb imigresen xbukak bag semua. Hehehe.
Kluar je gate nampak muka ibrahim mohsen ngan kawan dia tgu kat lua. Hehe. Sampai sampai terus ajak pegi outlet beli kasut untuk budak bertuah dua orang tu. Aku xdapek pape pun. Tgk jela ye labu. Hahahaha.
Seminggu pertama asyik jalan je sbb umi stay seminggu je kat sini. Pergi tengok fujisan, pastu carikan umi omiyage untuk rakyat malaysia (over) hahaha. Pastu kononnye nk tgk masjid turki satu satunya masjid yang ada kubah kat tokyo. Last2 tutup. Hahahahaa. Ksian umi xdapek nak nolong dah. Kalau dari rumah kami ke tokyo tu makan mase lebih kurang sejam gak.
Aku rindu jepun. Rindu budaya dan rindu persekitarannya yang aman. Hahahaha. Okay. Rindu dah terubat sekarang. Duduklah sampai puas ye kuyam.
Next entry nk cita pasal booking hospital utk deliver. Bye!!

Tuesday, November 25, 2014
Berkulat
Assalamualaikum wbt.
Wahhhh lame betoi xmeloya buruk disini. Dah nk masuk 3tahun rupanya kita xbukak blog ni. Mmg bersawang dah. Dan bukan stakat bersawang. Nampak macam dh tumbuh kulat kulat kat sini. Hihi.
Sebenarnya selepas teknologi makin canggih ni kita makin kurang nk berblog tapi harini rase gatal tangan nk main taip taip. Tu pun guna phone je. (Tak puas sbb screen kecik) laptop kita dh jadi girlfren ibrahim mohsen dh. Hehehe.
Sebenarnya dalam 3 tahun kita tinggal blog kita ni, kita dah ad dua org anak. Dua dua pun perempuan. Hehehe. Dan sekarang on the way yang ketiga. Harap harap baik baik saja. Betapa lamenye kita tak buka blog sampai anak pun dh nk masuk tiga kauuu. Hahahha :p
Ade banyak lagi kita nk cita ni tapi kita nk kluar jap sbb byk benda nk kne setel. Nnt ada masa kita sambung loya buruk kita lagi ok. :D

Saturday, December 10, 2011
Baby.
Rasa macam tak percaya aku dah ada baby. teeeheeee. macam mimpi dalam mimpi je. Tapi ni realiti lah beb. REALITI. Cubit pipi kiri, memang rasa sakit. Haduhainya. Baby aku ni tak kuat menangis sangat tapi kuat tidur. Suka sangat tido tapi pelik, dia ni macam faham, time maghrib mata dia duk kelip kelip kelip kelip tak tidur and tak nangis. Seolah olah faham time tu memang tak elok kalau tidur. Bertuah punya anak. hehehehe. Dia kena jaundis tapi dah turun dah, haritu pergi cek, 179 tapi sekarang dah 145. Alhamdulillah. =) Kesian dia hari hari kena amek darah kat kaki. Hari pertama nangis, tapi hari kedua dan ketiga dah tak nangis dah kne amek darah kat kaki. Aku deliver baby ni pukul 12 tengah hari pada 30 November 2011.
Kenapa deliver awal?
Sebab baby aku songsang dalam perut. Maybe effect main roller coaster kat USJ haritu. Mungkin. Tapi tu kerja Tuhan, aku pun tak pasti. Songsang, punggung kat bawah. Doctor cakap, boleh kalau nk deliver cara normal tapi risiko tinggi sebab aku first timer and takde jalan lagi. Air ketuban aku sikit, doctor cakap dah tak boleh pusing. And risiko baby lemas dalam rahim tu tinggi. Sebab air ketuban sikit. So aku kena operate. Risiko operate tu memang lah ada. Tapi kalau nk bandingkan dengan nyawa baby aku, baby aku lagi penting. kan?
Pengalaman operate.
Mula mula dia masukkan salur kencing kat tut tut aku. aku rasa sangat sangat tak selesa. Dengan rasa kencingnya yang tak lawas. Dengam bilik tempat sisiter tu buatnya panas gile. Aku rase nak menjerit menangis Allah je tahu perasaan aku masa tu. Sakit gila kot masa dia masukkan salur kencing tu haih. Then pergi bilik bedah, aku rase selesa sikit berbanding dekat bilik tadi sebab bilik bedah tu sejuk. Pakar bius, lelaki. Malu jugak tapi sebab rasa tak selesa sakit dan macam macam perasaan bercampur baur, aku jadi buat muka seposen je. Dia cucuk ubat bius kat tulang belakang. Rasa macam letrik masuk dalam badan. ZZZZZZZzz. Lepas tu dia dh mula sapu iodin and mulakan menggores dan menang perutku,. wahahha. Aku tak rasa pape time tu tapi aku nampak dari cermin lampu bedah yang bulat atas tu nampak dia toreh menoreh perut.
Tepat jam 12 tengahari dia mengeluarkan seorang puteri dari perutku, pastu terdengar suara nurse nurse cakap 'Alhamdulillah'. Aku rasa lega. Then operasi menjahit perutku dijalankan. Aku rasa perut aku dijahit ditarik benang masuk dan keluar. Tapi sakit tu tidak dirasai lagi. Haaaaa. Sampailah 6.30 petang, time tu barulah luka jahit, ubat bius semua rasa sakit. Allah je tahu.
Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Aku ada dalam bilik bedah tu sejam je. Semua selamat. Walaupun sekarang masih terasa sakit kat luka jahitan tu, tapi sakit aku berbaloi kerana dikurniakan seorang puteri. Alhamdulillah Syukur Ya Allah. =)
Friday, November 4, 2011
Dah lame rasenya tak hapdate kat blog. Dah semak dh blog ni. sbb xde mase nk berblog pun. sejak sem 3 ni, busy je manjang. bayangkan hari hari ad lab. so, maknenye sekarang setiap hari perlu ada report yang tertangguh. yang perlu disetel before lab lab yang seterusnya minggu berikutnya. macam mana tak penatkan? Sekarang usia kandungan aku dah menjangkauuuu 33 minggu. waduh waduh. dah tak lama dah ni. lagi 7 minggu. kluk klak kluk klak dh abis seminggu. masa sgt pantas skrg. aku ni pulak dh start nerves dh ni. macam mana la ye? haihhh. =.='
Baby selalu je tendang tendang. haritu banyak hari jugak dia tendang tendang time subuh. tapi skrg dh tak tendang dh. dia dh tukar mase dh kot. teeeheee. terima kasih syg kejutkan mama sembahyang subuh, nnt baby keluar tgk dunia, jadi anak soleh/solehah yea. Amin.
Balik umah ni, ingat nk rehat rehat je sbb dah duduk kat u, susah sgt nk rehat. dengan tak cukup tido lagi sebab nk kena siapkan report. test lagi. hmmmm. Ibrahim Mohsen balik bulan 12. Nak tengok anak dia la. Tapi sempat ke tak Ibrahim Mohsen sampai sebelum baby dia lahir? Sebab due date aku 21/12/2011. Tapi flight Ibrahim Mohsen dr Japan, 26/12/2011. Busuk busuk boleh sampai Terengganu 27/12/2011. Hmmm. Harap harap sempat Ibrahim Mohsen azankan sendiri anak sulungnya ni. Ya Allah, izinkan suamiku sampai sebelum aku melahirkan baby dia ni supaya dia dapat azankan sendiri ke telinga anaknya. Amin :)

Monday, August 29, 2011
Raya
Suatu penyeksaan jugak kalau beraya jauh dari suami tersayang. Nak nak tengah pregnant macam ni. Rasa macam hmmmm Tuhan je yang tahu perasaan apabila tak boleh nk beraya bersama suami. Baby pun duk tendang tendang je. Excited nak raya agaknya si kecil ni. hihi ;D Tapi ayah awak tak beraya bersama kita tahun ni. Hmmmm. InsyaAllah, tahun depan dapatlah kita beraya bertiga ok sayang! Wheeee. Walaubagaimanapun, disini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika tersilap salah bercakap disini. Harap dimaafi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Tuesday, August 23, 2011
Meragam
Orang kata kalau mengandung, kita mengidam nk makan tu, nk makan ni kan? Hihi. Ibrahim Mohsen kate aku mengidam nak pergi USJ. Muehehe. Kadang-kadang perangai jadi pelik-pelik je. Nak marah, nangis banyakkkk sangat. Ibrahim Mohsen jadi mangsa keadaan. Terima kasih mangsaku. Hihi. Bukan sengaja. Hmmmm. Orang kata, kalau orang tu org yang kita sayang, lagi laa. Asyik nak marah dia je. Hoho. Mmg pun. Aku pun tak faham kenapa asyik gaduh je aritu. Sebab tu kot. Pastu pasal penat jalan-jalan. Selama aku hidup ni, aku tak penah kenal penat kalau jalan-jalan. HAHA. Tapi, aku rase penat sangat time jalan-jalan kat Osaka aritu. Sampai nak nangis ase. Hukhukhuk. Sepupu aku kate, kalau penat sangat tak elok untuk kandungan kite. Haaaaa. Aritu aku penat gile kot. Mmg nk nangis. Papepun, terima kasih hubby tercinta sbb merealisasikan segala keinginan saya sepanjang berada disana. Lucky me dapat awak. Wiwit.
Pastu kan, td aku pegi klinik, dengar dengupan jantung baby. Kuat sangat bunyi dia. Dup dup dup dup dup. Heeeeee. Pastu kne cucuk. Sakit. Lenguh ase lengan. Huuuu. Baby mama gerak gerak banyak kali sangat arini. Mama letok hp atas perut bergerak-gerak hp mama baby buat kan? Main apa dalam sane? Rindu ayah ye? Hihi :D
Thursday, July 7, 2011
1 entry 4 cerita :p
Cerita 1 : Harini bangun lambat sebab semalam aku tak boleh nak tutup mata. Ni semua The sims punya angkara. hadoyyyyyyyy. Kesian Ibrahim Mohsen pergi sekolah tak breakfast. Sbb saya bangun lambat. huhuhu. Jahatnya kamu Jahatnya kamuuu kuyamm. Ish ish ishhh. Sorry love. Terbangun lambat. Ok janji lepas ni tak main The sims sampai subuh dh. OK!
Bangun2 tido, dia dh kejutkan aku pastu hulur tangan sbb dh nk pergi sekolah. Before pergi sekolah knelah salam salam dulu kan? hihi. Bawah perut aku dh semakin mengeras aku rase. hihi. Baby dh makin membesar agaknya kan? :D
Cerita 2 : Aritu pergi cari barang basikal Ibrahim Mohsen kat AEON pastu terbeli kasut baby. Pekakas lain belum beli, kasut dh nk beli dh. Tu pun macam baby akan pakai setahun kemudian je. HAHHA. Ibrahim Mohsen punya kerja la. Suka sgt beli kasut. Rak kasut umah ni pun xckup nk letak kasut dia. Pening aku tgk kasut yang banyak gila kot. Kat bawah rak pun kasut dia lagi. -.-' Katenya nanti baby dh besar, xpayah beli kasut dh sbb kasut dia dh banyak. Iyolah tu. hahahhaah.
Cerita 3 : Haaaaa. haritu pergi Okayama sbb dia ad main futsal. Alhamdulillah dapat tempat ketiga. Bukan senang jugak la nak dapat tempat tu. Tu dari pandangan aku la. Bukannya sebab dia team Ibrahim Mohsen aku jadi cakap macam ni. Tapi sebab aku tengok team2 futsal yang lawan aritu semua macam padu2 je. Haihhh. Kacip gigi aku tengok dia main futsal. Nak jerit, aku sorang sorang je. HAHAHAHA. Jadi Geram pun ad kalau gol xmasuk. Haduhhh. Tension betul hahaha.
Cerita 4 : Yang ni gambar lepas kitorang balik dari Okayama tu, kitorang singgah dekat kalau kat Malaysia Panggil R&R la kan? hihi. Tempat tu dekat bawah jambatan panjang dan besar GILAAAAAAAA wa cakap lu. Masa siang on the way ke Okayama tu, tak nampak sgt sbb hujan. Patu balik2, dah malam, takuttttt sgt lalu atas jambatan tu sbb besar gila. Dah la dua tingakat. Yang atas tempat laluan kereta lori dan sebagainya lahh yeee. Tempat bawah laluan train. Haishhh. Serunn.
Aku masa lalu kat atas jambatan tu teringat kat cite X men yang masa Magneto patahkan jambatan merah tu pergi menghala ke pulau nk bunuh budak yang ad penawar nk sembuhkan mutant tu. Ingat tak part tu? HAHAHAH terpengaruh cite Xmen lak. Hadoi doi doi. Tapi Ibrahim Mohsen kate kalau siang, view kat sini lawa gila. Tak boleh nk amek gambar sebab gelap. Malas la. Kita bukan ad kamera mahal pun nak amek gambar malam. hihi.
Pokok yang dekat belakang Ibrahim Mohseb tu, kononya kita kne tulis apa hajat kita la. kononya akan termakbul. hahahaha. Aku pun tulis jugak. Saje je. Untuk tujuan bersuka suka sahaja ye. Bukan percaya pun. heeeeee. Pastu minum2 air lepak2 kat R&R tu, aku nk terkencing, masa tu dah nak dekat pukul 10 malam dah. Aku takut nak pergi toilet. Mintak Ibrahim Mohsen temankan. Smpai2 toilet dah tak takut sebab toilet dia cantik sgt hahaha.
Setelah mengoogle, aku jumpa jambatan ni . Ni lah jambatan aritu. Panjangggggg kannn? And kalau tak silap nama dia Seto-Ohashi Bridge. Kalah Pulau pinang hahahaha. Eh eh taip taip tengok atas, baru sedar entry ni terpanjang sikit. Maaf ye! Ok bye :)
Friday, June 17, 2011
Pejam celik pejam celik. Dah genap sebulan aku kat negara matahari terbit ni. Haritu masa mula mula smpai sebulan yang lepas, flight nak pergi tempat Ibrahim Mohsen pukul 7.45 pagi tapi pukul 5 pagi aku dah kne bangun nak naik shuttle bus pergi terminal 2 (domestik punya terminal). Time tu aku di International terminal. Pukul 5 pagi aku bangun, kluar nak tgu shuttle bus, terkenjut aku pukul 5 macam pukul 8.30 pagi kat Malaysia. hahahaha. Hmmm. Masaku sayang, please berlalu selow selow. Sebab aku nak berada lama disini bersama suami tercinta. hihi. Please please. I'm begging you love. Tapi hari ni aku puasa, so, arini cepat2 la petang hihi. Hari esok pun dengan lusa. Lepas tu sila pergi lambat lambat lagi.
Sunday, May 15, 2011
pesan mama
Thursday, May 12, 2011
Sunday, May 8, 2011
Episod 2 TAMAT
Alhamdulillah. heeeeeee. senyum lebar aku sebab sem 2 dh habes. selepas penat melayan stress stadi, skrg cuti 4 bulan dh bermula. sepatutnya aku buat intern cuti sem ni. Tapi disebabkan cuti yang lama then aku pun pregnant, aku pun postpone intern aku cuti next sem kot, InsyaAllah.
Hmmmm. Rindu Ibrahim Mohsen. Takpe. Sabar ye. 10hari lagi boleh jumpa awk. Yayyyy. Tak sabar nak jumpa. Baby pun tak sabar nk jumpa ayah dia jugak. hihi :)
Semoga apa yang dirancang, semua berjalan lancar. InsyaAllah. Amin.
Thursday, April 28, 2011
Rezeki
Alhamdulillah. Sedar tak sedar. Aku dah pregnant!! Hmmm. Aku pun pelik jugak kenapa la period aku ni tak datang datang. Biasenya slalu on time lah. Kalau lewat pun sehari je. Ni sampai seminggu. Pastu badan aku rasa macam penat je 2,3 minggu ni. Then rasa nak muntah tapi tak muntah muntah pun. Aku bagitau la Ibrahim Mohsen badan aku rasa tak sedap. Loya loya smua tu. Pastu dia suruh aku pergi beli pregnancy test.
Lepas exam Nihongo, aku pergi farmasi beli pregnancy test kit. Malam tu aku pun test la kan? Terkejut sangat bila aku tengok 2 band. (positive). Aku macam tak percaya jeeee. Then, esok tu aku pun pergi la klinik UMT. Jumpa doktor, Doktor tanya apa masalah awk... Aku pun cakap la nak cek saya ni pregnant ke? huuuu. Selamber je aku ty macam tu. Doktor tu ty la. Dah kawen ey? Aaah. Dah kawen la. Kalau tak kawen, brani pulak aku nak tanya macam tu kan? HAHAHAHAHA. Doktor suruh aku buat urine test. Hasil dia, sama je macam aku test sendiri smalam. Doktor cakap dh 5 minggu. Ohmyyyy. Dah 5 minggu rupanya. Aku slamber je duk makan ngarut2. Huhuhu. Sekarang dh kena jaga makan dah. Takut jugak jd pape kan.
Yela kami kan stadi lagi, macam mana nak jaga baby nanti? Betul soalan tu, tapi ni kan rezeki Allah. Setiap yang Dia bagi ada hikmah disebaliknya,. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan? Dia takkan bagi kalau kita tak mampu nk hadapi. Betul dak? InsyaAllah. Harap harap semua baik baik hendaknya. Sekejap je rasanya,. Kawen, tup tup tup dah nak dapat Babyyy. Amin Amin Amin. Ibrahim Mohsen dah nak jadi Ayah :D InsyaAllah. Doakan aku ngan baby dalam perut aku ni sehat sehat sokmo ye! (*V*)
Saturday, April 23, 2011
Kawen Part II
Sebab apa entry ni title dia "Kawen Part II"?? Part I mana? Haaaa. Part I haritu dh update kat facebook. Cukup la tu. Kahkahkah.
Meh sini meh nak kasi update ni punya blog yang dah berusang ni. Hmmmm. Sebenarnya nak update gambar kawen haritu. Alhamdulillah, Everything went well. (^V^) Hmmmm. Nak tengok tak? Album ni disponsor oleh Hasan Helmi Azman abang kepada Ibrahim Mohsen Azman ye kawan kawan. Terima kasih banyak banyak yea abang ipar! Muehehehe.
Gambar gambar time sambut menantu kat Batu Burok. :)
Baru kawen dah dapat baby!!! (*V*) Ni orang kate amek berkat. HAHA
Ni atok Acin. Atok belah arwah abah acin. *Batu pahat* Haritu pergi Batu Pahat atok blanje kitorang satay :D
Ni lah pelamin 2 in 1. Kelmarin kawen kak dilah (Kakak Ibrahim Mohsen) Harini kawen kitorang pulak. Muehehehe.
Umi sambut kitorang depan rumah. "Acin Sayang Umi" ;p
"Adam pun nak pegang jugakkkk!!!!"- Adam Luqman :)
Sorry. Gambar ni dari bawah ke atas. Salah bajet pulak. HAHAHA. Sekian :)
Friday, March 4, 2011
happy anniversary love.
Love is not as simple
as candlelight and roses.
love is day-to-day living,
taking time, making time to be there,
with open arms and a giving heart...
Love is the special life we share.
I know I am very lucky to have you.
p/s ; sorry lmbat update sehari sebab demam. huuuu -.- iloveyou. imissyou. xoxo
Tuesday, March 1, 2011
Kisah demam
Arini aku demam. Dah tiga hari demam. Tapi arini paling la xlarat nak bangun sampai ponteng kelas biostat. Huuuuu _._
Pastu kawan aku pun bawak la aku pegi klinik umt. Tgu punya tungu. . .
Misi ajak aku masuk bilik doctor.
Doc : Sakit ape?
Aku : Demam (buat muka sedih padahal pakai mask)
Doc : Dah brapa ari demam ni?
Aku : Dah tiga hari dh :(
Doc : Demam je ke? Batuk batuk, selsema sakit tekak ad tak?
Aku : semua adeee. Demam, batuk, sakit tekak, selsema, sakit kepala.
Doc : Kawan kawan ad yang demam tak?
Aku : Ade.
Doc : Sebilik ke ngan dia?
Aku : Aah.
Doc : Ngangeee mulut ( smbil suluh lampu dalam mulut aku) (smbil2 tu misi kat tepi tu cek tekanan darah ngan amik suhu badan) Pusing blakang tarik nafasss, lepas, tarik. . lepasss... tarik lepasss...
Doc : Hmmmm. Dah makan? selera makan macam mane?
Aku : Slera makan macam biasa je doc.
Doc : Okey, bawak ni (resit, nombor giliran) pegi unit farmasi amek ubat.
aku : terima kasih doc.
NOTAKUKU : sakit, tak sakit. . makan tetap makan. Selera tak penah nak kalah. nak menang je.. Haiyaaaa. Muahaha :P
p/s : Doakan saya cepat sembuh ya kawan kawan ku syg! :)

Monday, February 28, 2011
test around the corner
smua nk dekat dekat jeeee.
Biotek 05.03.2011
Islam & Ideologi 06.03.2011
Nihongo 17.03.2011
Public speaking? Next 2 week
Biostat pun next 2 week.
MaiGoodness.-.-'
Tapi Pemakanan bila? Dr Hamid tak bgtau lagi bile bile.
Biotek 05.03.2011
Islam & Ideologi 06.03.2011
Nihongo 17.03.2011
Public speaking? Next 2 week
Biostat pun next 2 week.
MaiGoodness.-.-'
Tapi Pemakanan bila? Dr Hamid tak bgtau lagi bile bile.
Friday, February 25, 2011
speechless
Kenapa aku speechless? Sebabkan, tadi tengah duk tengok kawan aku main pingpong dalam bilik. huhu. tiba tiba kawan aku sorang lagi Ainaa (bukan nama samaran) :P call aku. Dia nangis nangis. Aku tanya laaa kenapa nangis ni? Dia cakap bakal ayah mentua dia dah meninggal. Yang aku tergamam skali, Ainaa slalu duk cite cite kat aku yang Bakal mak mentua dia yang sakit. Sakit jantung :( Tapi dengan kuasa Allah SWT yang Maha Besar, ayah mentua dia yang meninggal sedangkan ayah mentua dia tu baik baik aja. Sihat Walafiat. . .
Besarnya kuasaMu Ya Allah Ya Tuhanku. Membuatkan aku terfikir sejenak. .
Dia nak tarik nyawa siapa siapa pun tak kira umur tak kira sihat tak kira apa. Yang tengah sakit tak semestinya dia akan pergi dulu, yang tengah sihat tak semestinya dia tak pergi dulu. Fikir fikirkan lah wahai kawan kawan. Jadi gunalah masa yang ada sebaik baiknya. Carilah akhirat yang kekal selamanya tu. Dunia pun cari jugak. Tapi cari dua dua tu biar seimbang :) InsyaALLAH .
Kitorang smua mmg tak expect yang ayah dia yang pergi dulu. . . Alhamdulillah. arwah meninggal hari jumaat. Semoga arwah berada dikalangan orang orang beriman dan beramal soleh. Amin. Al fatihah

Subscribe to:
Posts (Atom)