Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Thursday, April 28, 2011

Rezeki

Alhamdulillah. Sedar tak sedar. Aku dah pregnant!! Hmmm. Aku pun pelik jugak kenapa la period aku ni tak datang datang. Biasenya slalu on time lah. Kalau lewat pun sehari je. Ni sampai seminggu. Pastu badan aku rasa macam penat je 2,3 minggu ni. Then rasa nak muntah tapi tak muntah muntah pun. Aku bagitau la Ibrahim Mohsen badan aku rasa tak sedap. Loya loya smua tu. Pastu dia suruh aku pergi beli pregnancy test.

Lepas exam Nihongo, aku pergi farmasi beli pregnancy test kit. Malam tu aku pun test la kan? Terkejut sangat bila aku tengok 2 band. (positive). Aku macam tak percaya jeeee. Then, esok tu aku pun pergi la klinik UMT. Jumpa doktor, Doktor tanya apa masalah awk... Aku pun cakap la nak cek saya ni pregnant ke? huuuu. Selamber je aku ty macam tu. Doktor tu ty la. Dah kawen ey? Aaah. Dah kawen la. Kalau tak kawen, brani pulak aku nak tanya macam tu kan? HAHAHAHAHA. Doktor suruh aku buat urine test. Hasil dia, sama je macam aku test sendiri smalam. Doktor cakap dh 5 minggu. Ohmyyyy. Dah 5 minggu rupanya. Aku slamber je duk makan ngarut2. Huhuhu. Sekarang dh kena jaga makan dah. Takut jugak jd pape kan.

Yela kami kan stadi lagi, macam mana nak jaga baby nanti? Betul soalan tu, tapi ni kan rezeki Allah. Setiap yang Dia bagi ada hikmah disebaliknya,. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan? Dia takkan bagi kalau kita tak mampu nk hadapi. Betul dak? InsyaAllah. Harap harap semua baik baik hendaknya. Sekejap je rasanya,. Kawen, tup tup tup dah nak dapat Babyyy. Amin Amin Amin. Ibrahim Mohsen dah nak jadi Ayah :D InsyaAllah. Doakan aku ngan baby dalam perut aku ni sehat sehat sokmo ye! (*V*)

Saturday, April 23, 2011

Kawen Part II




Sebab apa entry ni title dia "Kawen Part II"?? Part I mana? Haaaa. Part I haritu dh update kat facebook. Cukup la tu. Kahkahkah.


Meh sini meh nak kasi update ni punya blog yang dah berusang ni. Hmmmm. Sebenarnya nak update gambar kawen haritu. Alhamdulillah, Everything went well. (^V^) Hmmmm. Nak tengok tak? Album ni disponsor oleh Hasan Helmi Azman abang kepada Ibrahim Mohsen Azman ye kawan kawan. Terima kasih banyak banyak yea abang ipar! Muehehehe.


Gambar gambar time sambut menantu kat Batu Burok. :)

Baru kawen dah dapat baby!!! (*V*) Ni orang kate amek berkat. HAHA


Ni atok Acin. Atok belah arwah abah acin. *Batu pahat* Haritu pergi Batu Pahat atok blanje kitorang satay :D

Ni lah pelamin 2 in 1. Kelmarin kawen kak dilah (Kakak Ibrahim Mohsen) Harini kawen kitorang pulak. Muehehehe.

Umi sambut kitorang depan rumah. "Acin Sayang Umi" ;p


"Adam pun nak pegang jugakkkk!!!!"- Adam Luqman :)



Sorry. Gambar ni dari bawah ke atas. Salah bajet pulak. HAHAHA. Sekian :)







Friday, March 4, 2011

happy anniversary love.

Love is not as simple
as candlelight and roses.
love is day-to-day living,
taking time, making time to be there,
with open arms and a giving heart...
Love is the special life we share.

I know I am very lucky to have you.


p/s ; sorry lmbat update sehari sebab demam. huuuu -.- iloveyou. imissyou. xoxo

Tuesday, March 1, 2011

Kisah demam

Arini aku demam. Dah tiga hari demam. Tapi arini paling la xlarat nak bangun sampai ponteng kelas biostat. Huuuuu _._

Pastu kawan aku pun bawak la aku pegi klinik umt. Tgu punya tungu. . .

Misi ajak aku masuk bilik doctor.

Doc : Sakit ape?

Aku : Demam (buat muka sedih padahal pakai mask)

Doc : Dah brapa ari demam ni?

Aku : Dah tiga hari dh :(

Doc : Demam je ke? Batuk batuk, selsema sakit tekak ad tak?

Aku : semua adeee. Demam, batuk, sakit tekak, selsema, sakit kepala.

Doc : Kawan kawan ad yang demam tak?

Aku : Ade.

Doc : Sebilik ke ngan dia?

Aku : Aah.

Doc : Ngangeee mulut ( smbil suluh lampu dalam mulut aku) (smbil2 tu misi kat tepi tu cek tekanan darah ngan amik suhu badan) Pusing blakang tarik nafasss, lepas, tarik. . lepasss... tarik lepasss...

Doc : Hmmmm. Dah makan? selera makan macam mane?

Aku : Slera makan macam biasa je doc.

Doc : Okey, bawak ni (resit, nombor giliran) pegi unit farmasi amek ubat.

aku : terima kasih doc.

NOTAKUKU : sakit, tak sakit. . makan tetap makan. Selera tak penah nak kalah. nak menang je.. Haiyaaaa. Muahaha :P


p/s : Doakan saya cepat sembuh ya kawan kawan ku syg! :)

Monday, February 28, 2011

test around the corner

smua nk dekat dekat jeeee.

Biotek 05.03.2011
Islam & Ideologi 06.03.2011
Nihongo 17.03.2011
Public speaking? Next 2 week
Biostat pun next 2 week.

MaiGoodness.-.-'

Tapi Pemakanan bila? Dr Hamid tak bgtau lagi bile bile.

Friday, February 25, 2011

speechless

Kenapa aku speechless? Sebabkan, tadi tengah duk tengok kawan aku main pingpong dalam bilik. huhu. tiba tiba kawan aku sorang lagi Ainaa (bukan nama samaran) :P call aku. Dia nangis nangis. Aku tanya laaa kenapa nangis ni? Dia cakap bakal ayah mentua dia dah meninggal. Yang aku tergamam skali, Ainaa slalu duk cite cite kat aku yang Bakal mak mentua dia yang sakit. Sakit jantung :( Tapi dengan kuasa Allah SWT yang Maha Besar, ayah mentua dia yang meninggal sedangkan ayah mentua dia tu baik baik aja. Sihat Walafiat. . .


Besarnya kuasaMu Ya Allah Ya Tuhanku. Membuatkan aku terfikir sejenak. .

Dia nak tarik nyawa siapa siapa pun tak kira umur tak kira sihat tak kira apa. Yang tengah sakit tak semestinya dia akan pergi dulu, yang tengah sihat tak semestinya dia tak pergi dulu. Fikir fikirkan lah wahai kawan kawan. Jadi gunalah masa yang ada sebaik baiknya. Carilah akhirat yang kekal selamanya tu. Dunia pun cari jugak. Tapi cari dua dua tu biar seimbang :) InsyaALLAH .

Kitorang smua mmg tak expect yang ayah dia yang pergi dulu. . . Alhamdulillah. arwah meninggal hari jumaat. Semoga arwah berada dikalangan orang orang beriman dan beramal soleh. Amin. Al fatihah

meh nk cite

mai sini mai sini. pisang goreng pisang goreng. Aku ni sangat la nk tanggung risiko pegi amek elektif blaja bahasa jepun. huuuuu. yang tak tahannyeee, susah gile aku nak ingat. lagi beberapa minggu ada ひらがな テスト。。。。17.03.2011 hekhek. tau jugak laaaa beb :P


Sape pandai, tolong ajar aku. Aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....
Huruf huruf hiragana tu aku dh ingat smua. Tapiiii kan, paling aku tak boleh bla skali masuk bab すうじ. nombor nombor tu aku lemah sikit. Pening kepala duk belajar yang tu. hukhukhuk --'

kau kau sekalian bayangkan kalau 999 aku kna tulis panjang selebar lebarnya ;
きゅうひゃくきゅうじゅうきゅう -.-' -.-' -.-'

pastu nak kne ingat yang special case pulak ;

300 ; さんびゃく
600;ろっぴゃく
800;はっぴゃく

Tapi seronok jugak sebab aku dah pandai nyanyi lagu doraemon dalam bahasa jepun. Ngiahahahahaha :D Memang cita cita aku nak nyanyi lagu doraemon dalam bahasa jepun. wiwit :D :P

Nanti kalau aku dh pandai aku nak ajar korang. Korang nak blaja tak? Muahaha. Alaaaaa. Aku tau la, korang lagi terer dari aku. Shadap! hikhik

nongsan.

oboete kudasai.
yonde kudasai.
kaite kudasai.
mite kudasai.
kiite kudasai.
Ganbatte kudasai. =)