Labels

Analog diri (3) bigday (1) boring (10) concern (7) friends (1) Friendship (1) life (34) LOL (6) Love (27) luahan rasa (15) Maaf (1) missing (4) nonsense (1) pet (2) raya (3) Regret (1) result (1) setadi (5) sorrow (5) Sorry (1) sweet (2) vacation (4)

Tuesday, December 23, 2014

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik dah nk sbulan ad kat negara matahari terbit ni. Anak anak smua suka makan sejak sampai sini. Maybe sebab perubahan cuaca kot. Auni dh nampak tembam balik dh. Aritu kurus macam xckup zat je. Kesian tengok.  Auni tido je xmakan. Asal celik mata je carik makanan. Hahahaha. Adoila anak.

Cuaca kat sini sejuk sangat. Almaklumla dah masuk fuyu (musim sejuk). Mula2 sampai ambik makko terus -1 darjah celcius. Mmgla terkejut mak kiah dan anak anak.  Bag smua banyak gila sampai kena tambah kilo kat klia2. Gila byk bawak makanan. Hahaha. Nasib baik
Umi ad teman. Kalau x xtau aku nk bawak macam mana barang2 ngan budak bertuah dua orang tu.

Sampai sampai kat imigresen paling cuak skali. Takut jugak makanan kena rampas. Ape tak nya. Macam macam ad. Tapi masih menjadi rezeki ku sbb imigresen xbukak bag semua. Hehehe.

Kluar je gate nampak muka ibrahim mohsen ngan kawan dia tgu kat lua. Hehe. Sampai sampai terus ajak pegi outlet beli kasut untuk budak bertuah dua orang tu.  Aku xdapek pape pun. Tgk jela ye labu. Hahahaha.

Seminggu pertama asyik jalan je sbb umi stay seminggu je kat sini.  Pergi tengok fujisan, pastu carikan umi omiyage untuk rakyat malaysia (over) hahaha. Pastu kononnye nk tgk masjid turki satu satunya masjid yang ada kubah kat tokyo. Last2 tutup. Hahahahaa. Ksian umi xdapek nak nolong dah. Kalau dari rumah kami ke tokyo tu makan mase lebih kurang sejam gak.

Aku rindu jepun. Rindu budaya dan rindu persekitarannya yang aman. Hahahaha. Okay. Rindu dah terubat sekarang. Duduklah sampai puas ye kuyam.

Next entry nk cita pasal booking hospital utk deliver. Bye!!

Tuesday, November 25, 2014

Berkulat

Assalamualaikum wbt.

Wahhhh lame betoi xmeloya buruk disini. Dah nk masuk 3tahun rupanya kita xbukak blog ni. Mmg bersawang dah. Dan bukan stakat bersawang. Nampak macam dh tumbuh kulat kulat kat sini. Hihi.
Sebenarnya selepas teknologi makin canggih ni kita makin kurang nk berblog tapi harini rase gatal tangan nk main taip taip. Tu pun guna phone je. (Tak puas sbb screen kecik) laptop kita dh jadi girlfren ibrahim mohsen dh. Hehehe.

Sebenarnya dalam 3 tahun kita tinggal blog kita ni, kita dah ad dua org anak. Dua dua pun perempuan. Hehehe. Dan sekarang on the way yang ketiga. Harap harap baik baik saja. Betapa lamenye kita tak buka blog sampai anak pun dh nk masuk tiga kauuu. Hahahha :p

Ade banyak lagi kita nk cita ni tapi kita nk kluar jap sbb byk benda nk kne setel. Nnt ada masa kita sambung loya buruk kita lagi ok. :D

Saturday, December 10, 2011

Baby.

Rasa macam tak percaya aku dah ada baby. teeeheeee. macam mimpi dalam mimpi je. Tapi ni realiti lah beb. REALITI. Cubit pipi kiri, memang rasa sakit. Haduhainya. Baby aku ni tak kuat menangis sangat tapi kuat tidur. Suka sangat tido tapi pelik, dia ni macam faham, time maghrib mata dia duk kelip kelip kelip kelip tak tidur and tak nangis. Seolah olah faham time tu memang tak elok kalau tidur. Bertuah punya anak. hehehehe. Dia kena jaundis tapi dah turun dah, haritu pergi cek, 179 tapi sekarang dah 145. Alhamdulillah. =) Kesian dia hari hari kena amek darah kat kaki. Hari pertama nangis, tapi hari kedua dan ketiga dah tak nangis dah kne amek darah kat kaki. Aku deliver baby ni pukul 12 tengah hari pada 30 November 2011.

Kenapa deliver awal? 

Sebab baby aku songsang dalam perut. Maybe effect main roller coaster kat USJ haritu. Mungkin. Tapi tu kerja Tuhan, aku pun tak pasti. Songsang, punggung kat bawah. Doctor cakap, boleh kalau nk deliver cara normal tapi risiko tinggi sebab aku first timer and takde jalan lagi. Air ketuban aku sikit, doctor cakap dah tak boleh pusing. And risiko baby lemas dalam rahim tu tinggi. Sebab air ketuban sikit. So aku kena operate. Risiko operate tu memang lah ada. Tapi kalau nk bandingkan dengan nyawa baby aku, baby aku lagi penting. kan? 


Pengalaman operate.

Mula mula dia masukkan salur kencing kat tut tut aku. aku rasa sangat sangat tak selesa. Dengan rasa kencingnya yang tak lawas. Dengam bilik tempat sisiter tu buatnya panas gile. Aku rase nak menjerit menangis Allah je tahu perasaan aku masa tu. Sakit gila kot masa dia masukkan salur kencing tu haih. Then pergi bilik bedah, aku rase selesa sikit berbanding dekat bilik tadi sebab bilik bedah tu sejuk. Pakar bius, lelaki. Malu jugak tapi sebab rasa tak selesa sakit dan macam macam perasaan bercampur baur, aku jadi buat muka seposen je. Dia cucuk ubat bius kat tulang belakang. Rasa macam letrik masuk dalam badan. ZZZZZZZzz. Lepas tu dia dh mula sapu iodin and mulakan menggores dan menang perutku,. wahahha. Aku tak rasa pape time tu tapi aku nampak dari cermin lampu bedah yang bulat atas tu nampak dia toreh menoreh perut. 

Tepat jam 12 tengahari dia mengeluarkan seorang puteri dari perutku, pastu terdengar suara nurse nurse cakap 'Alhamdulillah'. Aku rasa lega. Then operasi menjahit perutku dijalankan. Aku rasa perut aku dijahit ditarik benang masuk dan keluar. Tapi sakit tu tidak dirasai lagi. Haaaaa. Sampailah 6.30 petang, time tu barulah luka jahit, ubat bius semua rasa sakit. Allah je tahu.


Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Aku ada dalam bilik bedah tu sejam je. Semua selamat. Walaupun sekarang masih terasa sakit kat luka jahitan tu, tapi sakit aku berbaloi kerana dikurniakan seorang puteri. Alhamdulillah Syukur Ya Allah. =)

Friday, November 4, 2011

Dah lame rasenya tak hapdate kat blog. Dah semak dh blog ni. sbb xde mase nk berblog pun. sejak sem 3 ni, busy je manjang. bayangkan hari hari ad lab. so, maknenye sekarang setiap hari perlu ada report yang tertangguh. yang perlu disetel before lab lab yang seterusnya minggu berikutnya. macam mana tak penatkan? Sekarang usia kandungan aku dah menjangkauuuu 33 minggu. waduh waduh. dah tak lama dah ni. lagi 7 minggu. kluk klak kluk klak dh abis seminggu. masa sgt pantas skrg. aku ni pulak dh start nerves dh ni. macam mana la ye? haihhh. =.='

Baby selalu je tendang tendang. haritu banyak hari jugak dia tendang tendang time subuh. tapi skrg dh tak tendang dh. dia dh tukar mase dh kot. teeeheee. terima kasih syg kejutkan mama sembahyang subuh, nnt baby keluar tgk dunia, jadi anak soleh/solehah yea. Amin.

Balik umah ni, ingat nk rehat rehat je sbb dah duduk kat u, susah sgt nk rehat. dengan tak cukup tido lagi sebab nk kena siapkan report. test lagi. hmmmm. Ibrahim Mohsen balik bulan 12. Nak tengok anak dia la. Tapi sempat ke tak Ibrahim Mohsen sampai sebelum baby dia lahir? Sebab due date aku 21/12/2011. Tapi flight Ibrahim Mohsen dr Japan, 26/12/2011. Busuk busuk boleh sampai Terengganu 27/12/2011. Hmmm. Harap harap sempat Ibrahim Mohsen azankan sendiri anak sulungnya ni. Ya Allah, izinkan suamiku sampai sebelum aku melahirkan baby dia ni supaya dia dapat azankan sendiri ke telinga anaknya. Amin :)

Monday, August 29, 2011

Raya

Suatu penyeksaan jugak kalau beraya jauh dari suami tersayang. Nak nak tengah pregnant macam ni. Rasa macam hmmmm Tuhan je yang tahu perasaan apabila tak boleh nk beraya bersama suami. Baby pun duk tendang tendang je. Excited nak raya agaknya si kecil ni. hihi ;D Tapi ayah awak tak beraya bersama kita tahun ni. Hmmmm. InsyaAllah, tahun depan dapatlah kita beraya bertiga ok sayang! Wheeee. Walaubagaimanapun, disini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika tersilap salah bercakap disini. Harap dimaafi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Tuesday, August 23, 2011

Meragam

Orang kata kalau mengandung, kita mengidam nk makan tu, nk makan ni kan? Hihi. Ibrahim Mohsen kate aku mengidam nak pergi USJ. Muehehe. Kadang-kadang perangai jadi pelik-pelik je. Nak marah, nangis banyakkkk sangat. Ibrahim Mohsen jadi mangsa keadaan. Terima kasih mangsaku. Hihi. Bukan sengaja. Hmmmm. Orang kata, kalau orang tu org yang kita sayang, lagi laa. Asyik nak marah dia je. Hoho. Mmg pun. Aku pun tak faham kenapa asyik gaduh je aritu. Sebab tu kot. Pastu pasal penat jalan-jalan. Selama aku hidup ni, aku tak penah kenal penat kalau jalan-jalan. HAHA. Tapi, aku rase penat sangat time jalan-jalan kat Osaka aritu. Sampai nak nangis ase. Hukhukhuk. Sepupu aku kate, kalau penat sangat tak elok untuk kandungan kite. Haaaaa. Aritu aku penat gile kot. Mmg nk nangis. Papepun, terima kasih hubby tercinta sbb merealisasikan segala keinginan saya sepanjang berada disana. Lucky me dapat awak. Wiwit.


Pastu kan, td aku pegi klinik, dengar dengupan jantung baby. Kuat sangat bunyi dia. Dup dup dup dup dup. Heeeeee. Pastu kne cucuk. Sakit. Lenguh ase lengan. Huuuu. Baby mama gerak gerak banyak kali sangat arini. Mama letok hp atas perut bergerak-gerak hp mama baby buat kan? Main apa dalam sane? Rindu ayah ye? Hihi :D

Thursday, July 7, 2011

1 entry 4 cerita :p


Cerita 1 : Harini bangun lambat sebab semalam aku tak boleh nak tutup mata. Ni semua The sims punya angkara. hadoyyyyyyyy. Kesian Ibrahim Mohsen pergi sekolah tak breakfast. Sbb saya bangun lambat. huhuhu. Jahatnya kamu Jahatnya kamuuu kuyamm. Ish ish ishhh. Sorry love. Terbangun lambat. Ok janji lepas ni tak main The sims sampai subuh dh. OK!

Bangun2 tido, dia dh kejutkan aku pastu hulur tangan sbb dh nk pergi sekolah. Before pergi sekolah knelah salam salam dulu kan? hihi. Bawah perut aku dh semakin mengeras aku rase. hihi. Baby dh makin membesar agaknya kan? :D




Cerita 2 : Aritu pergi cari barang basikal Ibrahim Mohsen kat AEON pastu terbeli kasut baby. Pekakas lain belum beli, kasut dh nk beli dh. Tu pun macam baby akan pakai setahun kemudian je. HAHHA. Ibrahim Mohsen punya kerja la. Suka sgt beli kasut. Rak kasut umah ni pun xckup nk letak kasut dia. Pening aku tgk kasut yang banyak gila kot. Kat bawah rak pun kasut dia lagi. -.-' Katenya nanti baby dh besar, xpayah beli kasut dh sbb kasut dia dh banyak. Iyolah tu. hahahhaah.




Cerita 3 : Haaaaa. haritu pergi Okayama sbb dia ad main futsal. Alhamdulillah dapat tempat ketiga. Bukan senang jugak la nak dapat tempat tu. Tu dari pandangan aku la. Bukannya sebab dia team Ibrahim Mohsen aku jadi cakap macam ni. Tapi sebab aku tengok team2 futsal yang lawan aritu semua macam padu2 je. Haihhh. Kacip gigi aku tengok dia main futsal. Nak jerit, aku sorang sorang je. HAHAHAHA. Jadi Geram pun ad kalau gol xmasuk. Haduhhh. Tension betul hahaha.





Cerita 4 : Yang ni gambar lepas kitorang balik dari Okayama tu, kitorang singgah dekat kalau kat Malaysia Panggil R&R la kan? hihi. Tempat tu dekat bawah jambatan panjang dan besar GILAAAAAAAA wa cakap lu. Masa siang on the way ke Okayama tu, tak nampak sgt sbb hujan. Patu balik2, dah malam, takuttttt sgt lalu atas jambatan tu sbb besar gila. Dah la dua tingakat. Yang atas tempat laluan kereta lori dan sebagainya lahh yeee. Tempat bawah laluan train. Haishhh. Serunn.




Aku masa lalu kat atas jambatan tu teringat kat cite X men yang masa Magneto patahkan jambatan merah tu pergi menghala ke pulau nk bunuh budak yang ad penawar nk sembuhkan mutant tu. Ingat tak part tu? HAHAHAH terpengaruh cite Xmen lak. Hadoi doi doi. Tapi Ibrahim Mohsen kate kalau siang, view kat sini lawa gila. Tak boleh nk amek gambar sebab gelap. Malas la. Kita bukan ad kamera mahal pun nak amek gambar malam. hihi.




Pokok yang dekat belakang Ibrahim Mohseb tu, kononya kita kne tulis apa hajat kita la. kononya akan termakbul. hahahaha. Aku pun tulis jugak. Saje je. Untuk tujuan bersuka suka sahaja ye. Bukan percaya pun. heeeeee. Pastu minum2 air lepak2 kat R&R tu, aku nk terkencing, masa tu dah nak dekat pukul 10 malam dah. Aku takut nak pergi toilet. Mintak Ibrahim Mohsen temankan. Smpai2 toilet dah tak takut sebab toilet dia cantik sgt hahaha.




Setelah mengoogle, aku jumpa jambatan ni . Ni lah jambatan aritu. Panjangggggg kannn? And kalau tak silap nama dia Seto-Ohashi Bridge. Kalah Pulau pinang hahahaha. Eh eh taip taip tengok atas, baru sedar entry ni terpanjang sikit. Maaf ye! Ok bye :)