Kenapa deliver awal?
Sebab baby aku songsang dalam perut. Maybe effect main roller coaster kat USJ haritu. Mungkin. Tapi tu kerja Tuhan, aku pun tak pasti. Songsang, punggung kat bawah. Doctor cakap, boleh kalau nk deliver cara normal tapi risiko tinggi sebab aku first timer and takde jalan lagi. Air ketuban aku sikit, doctor cakap dah tak boleh pusing. And risiko baby lemas dalam rahim tu tinggi. Sebab air ketuban sikit. So aku kena operate. Risiko operate tu memang lah ada. Tapi kalau nk bandingkan dengan nyawa baby aku, baby aku lagi penting. kan?
Pengalaman operate.
Mula mula dia masukkan salur kencing kat tut tut aku. aku rasa sangat sangat tak selesa. Dengan rasa kencingnya yang tak lawas. Dengam bilik tempat sisiter tu buatnya panas gile. Aku rase nak menjerit menangis Allah je tahu perasaan aku masa tu. Sakit gila kot masa dia masukkan salur kencing tu haih. Then pergi bilik bedah, aku rase selesa sikit berbanding dekat bilik tadi sebab bilik bedah tu sejuk. Pakar bius, lelaki. Malu jugak tapi sebab rasa tak selesa sakit dan macam macam perasaan bercampur baur, aku jadi buat muka seposen je. Dia cucuk ubat bius kat tulang belakang. Rasa macam letrik masuk dalam badan. ZZZZZZZzz. Lepas tu dia dh mula sapu iodin and mulakan menggores dan menang perutku,. wahahha. Aku tak rasa pape time tu tapi aku nampak dari cermin lampu bedah yang bulat atas tu nampak dia toreh menoreh perut.
Tepat jam 12 tengahari dia mengeluarkan seorang puteri dari perutku, pastu terdengar suara nurse nurse cakap 'Alhamdulillah'. Aku rasa lega. Then operasi menjahit perutku dijalankan. Aku rasa perut aku dijahit ditarik benang masuk dan keluar. Tapi sakit tu tidak dirasai lagi. Haaaaa. Sampailah 6.30 petang, time tu barulah luka jahit, ubat bius semua rasa sakit. Allah je tahu.
Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Aku ada dalam bilik bedah tu sejam je. Semua selamat. Walaupun sekarang masih terasa sakit kat luka jahitan tu, tapi sakit aku berbaloi kerana dikurniakan seorang puteri. Alhamdulillah Syukur Ya Allah. =)
1 comment:
ku yam... che biha tak tertangkap lagi nama baby girl nye... siapakah namanya?
Post a Comment